Saturday, 12 November 2011

kenapa kesah kalau kau memang xkesah???

salam readers,

actually entry ni just nak melahirkan satu pandangan peribadi..sebab saye tahu ada yang dah tahu pasal konspirasi ni..okey kat sini saye xnak cakap pasal sesiapa or mengutuk sesiapa..tp satu pandangan dari perspektif saye.


apapun alasan kita..pertama..jangan kita menjadi penipu atau pembohong..juga janganlah kita rasa diri sangat bagus sampai semua orang kita label,kita hukum dan kita jarum menjarumi, tak baik pun.Pendekatan paling baik,dah tak suka buat bodo jeh, ni kesah lebih lebih apa cer? kau suka,kau cinta,kau admire? then kalau geleng kepala kau sendiri mau ingatlah, kau piss off jauh2 dari die, ni idak, kau kutuk dia kuat2 then kau still sudi hirup bau hancing org yang kau kencingkan tuh!!! jauhkan diri.Ni cakap ja xkesah tapi selalu kesah...ce cite ce cite apa lagi yang kau nak?saye?? "ada aku kesah" memang kesah la sebab kau selalu amik kesah, kau mengkesah2kan kan saye" sellfish tahap tapir xmandi pagi... :{


Owh China, ni hau ma??  2007 - 2011

hem pengajaran yang boleh dipelajari...janganlah sesekali kita berbau fishy and sellfish!!! hapak xmandi xper lagi...apatah lagi berkaitan dengan diri kita.ambil contoh yang senang..dalam kehidupan sehari2 dapat teman yang nampak sangat baik berbudi dgn segala cerita2 dia, kisah2 pedih dia walhal lebih hebat dari penglipur lara...hebat kau Jebat bermain kata, akhirnya baru saye tau siapa kau!!!

biarlah kejadian yang penuh duka bersandiwara tuh saye simpan, keep as boarder...
saye?? tetap bermanis muka dan bergurau senda
die?? muka dah masam mencuka

ada saye kesah? xkesah kan...biar je lah si luncai terjun dengan labu-labunya
cerita dia saye simpan, cerita saye yang nak dicheap sale kan...up to u...


nak cakap pasal mungkir janji, dah lah xappreciate kita, di boo kita pulak lagi...aikk saye ke kau yang xsedar diri nih??? terkesan sangat2 sampai xboleh nak memikir masa tu walhal ada yang sedia membantu...delayed...hu3...biarlah...fly kite!!!
di alam maya..penipuan berlaku dimana-mana..iye siapa kisah..tipu ke tidak.tapi harus di ingat..
cara tidak menghalalkan hukum.Tidak sesekali walaupun kita jauh di luar negeri...eeee
saye sangat2 membenci seseorang yang fake.jangan cakap bende sebegini satu perkara remeh.



dahlah, malas saye nak bertekak, nak membalas sedikitpun rase cam xbest...sebab?  sbb saye tahu..bergaduh dengan orang yang akalnye pendek xakan membawa saye kemana..malah die akan mengalahkan kite dengan ayat2 yang manis dan mengelirukan..sebab dia penglipurlara, dia akan terus-terusan membelit dan twisted the FACT untuk membuat org percaye bahawa dia betul and saye FAKE!!!
what the fish!!!
itu pelajaran yang saye belajar..dan saye amik itu sebagai satu titik nilaian betapa kengkadang seorang wanita itu langsung xde hati dan perasaan pada makhluk tuhan sejantina dia...


manusia semua xsempurna..tapi biarlah ketidaksempurnaan kita itu adalah benar kite mnjadi diri kita..tidak sempurna dalam belajar dan menjadi manusia yang baik tidak mengapa..tapi kalau menceritakan sesuatu pembohongan. cerita keburukan teman pada semua orang.itu bukan tidak sempurna..tetapi itu adalah satu ketidaksempurnaan yang disengajakan..dan teman yang berhati durja...where is your morality?


hanya satu pandangan..


p/s: ya I learnt a lot!!!..actually dunia ni terlalu banyak dengan penipuan..ayat2 yang manis..kadang2 muke penjenayah sangat innocence sangat tidak percaya!!!
ni lesson yang saye belajar..dont judge a book by its cover, by its words..nak tahu mcmmana buku tu..elok ke tidak..kita harus kaji..harus teliti satu2..barulah kita tahu buku tu bagus ke tidak.kalau setakat ciplak dari mana2..useless je..so
kumpul bukti banyak2..then sue that book's writer..hahaha:)

           eee too dangerous, biorpun bus ni bosar tp bape kali kelajuan dia nyaris2 hit me during cross :(

hidup ini penuh dengan ketidaksangkaan..kadangkala boleh buat kite keliru..kadangkala boleh buat kita menyokong kesalahan dan menentang kebenaran..dan org memang cepat percaya dgn kebohongan org yang banyak memberi daki dunia,...bolehkah???

jangan tertipu dengan muke yang manis tu baik..kadang2 muke yang sangat ganas dan kejam kat sebelah saye tu lagi baik dan mulia.. :)

     owh Damo, kau tempatku berpaut ..keh3


dan dalam menilai sesuatu perkara baik atau buruk..harus bersebab..sebab itu haruslah kukuh..jangan membuat tuduhan melulu..jangan cepat menilai, jangan cepat menjarumi,jangan cepat menghakimi, semuanya harus disertakan dengan bukti..mencari kebenaran itu wajib walaupon payah mcmmana..maka carilah kebenaran dan berkata benarlah walaupon pahit.


namun tiada siapa yang sempurna dalam dunia ni..kadang2 manusia tidak terlepas dari membuat silap..sedar dan insaf..tanda dia orang yang beriman.peluang kedua sentiasa ada untuk kite memperbaiki diri..insyallah semoga kite semua berada dikalangan orang2 yang diberi HIDAYAH..

C-China, C-Cincai.....weh weh weh :) 

"keep away from people who try to belittle your ambitions.
Small people always do that, but the really great make you feel that you, too, can become great."




Wednesday, 9 November 2011

sudah terlalu biasa dgn ayat2 copy n paste tuh...

jika bukan kita yg memberi dan menghulurkan, tidak akan ada lelaki yang bisa menembusinya..unless we're force for it...so gals out there, take care yourself!!!

dear readers..


perempuan sangat mudah percaya dengan apa yang dia dengar dan lihat..
perempuan mudah menerima kata2 seorang lelaki tanpa berfikir panjang..without a second thought..and at last..perempuan jugak yang merasa sakitnya..


akan menjadi perkara normal bagi seorang lelaki berkata begini..


awklah yang pertama yang dapat buat saya bahagia.dalam ramai2 perempuan..
awklah yang paling special..paling membahagiakan hidup saya..

dalam ramai2 perempuan..awklah yang terbaik and saya tak mungkin dapat cari pengganti awk lagi..



even kite berpisah..saya janji tak kan lupakan awk .. saya tak pernah dengan mana2 perempuan seperti mana saya dengan awk...dan hingga ke saat inipun awak tetap dalam hati saya sampai bila2...

oppsss..
wahai perempuan..jangan cepat perasan and melting dengan ayat klise sebegini..


i tell u what..sebelum kata2 ni di copy and di paste kan kat telinga korang..lelaki awal2 lagi dah copy and paste kan kat exs exss exssssssss dia..maybe sebijik2 or paling tidak pon lebih kurang...


   the sands-biggest kasino in Asia-not to proud of this but just to capture that how Singapore economics are growing-proud of their thinking-they have nothing, very limited lands but they have creative and inovative thinking-they build a platforms to gain everything-but sometimes they will lost something.... (*_^)
remember that u won't get both in one time...i believe that...



tak dinafikan..pastinya dalam hati lelaki akan ada seseorang yang betul2 bertakhta kat hati dia..tapi kite sebagai perempuan jgn cepat melatah and terperasan.


too sad bila ada antara perempuan yang mudah percaya dan sanggup buat apa saja hanya kerana lidah sang lelaki..and bila ada orang nasihat sikit..mula lah keluar perkataan seperti:


" dahlah..aku percayA dia lah..dia dah cakap dia hanya syg aku sorang je".
"dia dah cakap aku perempuan yang paling dicintainya and dia dah janji tak kan lupakan aku"..

 maka..jadilah satu episod perjalanan sebuah cinta yang penuh perasan dimana kite merasakan kita dah berjaya menjadi orang yang paling best dalam hidupnya padahal tak pun..and bila orang tu tak hargai kite seperti mana konon2 kitalah yg paling best tu..mula lah kita jadik ahli falsafah secara tidak langsung dengan mengeluarkan perkataan yang sedih2 dan ayat2 sajak yang maha kesian...mula lah terjadik gejala seperti mengupdate status sedih2 kat facebook.
( salah satu kesan sampingan-side effects)


tak salahkan lelaki coz cakap camtu..nak cakap camne lagi kan kalau tak cakap macam tuh??? itu adalah normal riwayat dan kebiasaan semulajadi seorang manusia yang berjantinakan lelaki..??? but sebagai perempuan..beringatlah..cintailah seseorang itu secara biasa2 and cool2 je..


Last but not least Don't easily feel "FLOWERY" from that kind of sentences...
and also
jangan terbang terlalu tinggi coz bila jatuh..sakit sangat dowh..no kidding.
terbang use flight pun kekadang sakit telinga-air pressure deh....


Thanks for reading this..


Monday, 7 November 2011

Kekecewaan dan kedukaan peribadi bukanlah satu penghalang....

As salam,
sangat lama bangat saye xder masa nak mengupdate blog nih...sangat2 bz dgn segala macam comitment, dgn kerjaya baru yg membawa saye banyak terbang,dengan outside business tadika yang InsyaALLAH akan dibangunkan segera, dengan selambak PMA module yang belum sempat disiapkan,dengan kerenah rumahtangga yg sedikit mengancam jiwa..ha3
whatever it's is syukur..saye masih boleh bernafas di bumi indah ini....Alhamdulillah (*_^)


here this is story of mine and im sure it would fit into your life too..and again..am sure that people would have a lot of explanation for almost every thing happened in our life..


but for me I would like to take everything with happiness coz I know happiness is ours...don't ever2 put our happiness inside "others" pocket..they will always throw u like a used tissue" wahahah peribahasa baru nampak.. :b


I am proud where I am from no matter what people says about me..and I am proud too for whom what I am now... 


 
sejak saya kecil saya dibesarkan dengan suasana kampung..saya ketinggalan..saya tak tahu teknologi..i've been totally outdated in IT..MUSIC, FASHION till now...I don't really like to eat FAST FOOD...
in short, practically im outdated everything under the sun...


bila anda masih mempunyai sebuah keluarga, suami,isteri,anak2,ibubapa..hargailah kehidupan anda itu for no reason.I've been told about perangai husband masing2...rasa tidak dipedulikan,kurang kasih sayang dan sebagainya..for me, give whatever u can and don't expect for return,,,I am not good advisor cause I am not good people but always people especially a kind of my kenalan closed or not closed with me always share their frustrated, regret,angry birds and so call so emo emosi moshi mooro story weh...but for me, suami or isteri are still manusia, salinglah lengkap melengkapi antara satu sama lain-oyea..

   hey sentosa, I come back after 8 years... (*_^)

so kalau hanya Allah tempat kita bergantung harap dan kasih serta cinta InsyaALLAH ketenangan dan kebahagiaan akan mengiringi dan memayungi hidup kita...


untukmu teman, carilah dan teruskan mencari cinta ALLAH pasti bahagia kehidupan...di usia yang agak senja begini, hentikan pencarian cinta manusia yang penuh serakah nafsu durjana sebaliknya focuslah pada pasangan anda yang masih setia di sisi anda...


Bila bercakap about love, I have not much idea to share but experience I gain in this ages lectured me a lot..but still my friends with husband...please do appreciate your legal husband for whatever your husband is..
and I really hate when I have a friend yang menggila membusukkan their legal husband because for me husband is really great man ...*applied to only great husband not komunis gang husband k*

 saya selalu letakkan dalam diri saya..ALWAYS FIGHT FOR WHAT U WANT..so setiap benda yang saya dapat..adalah sebab saya mahukannya..dan saya berusaha kearah itu..begitu jugak dgn sebuah perhubungan persahabatan...hargailah teman anda, jangan kerana seringgit dua anda berkira2 sampai tak ingat dunia...musnah hubungan persahabatan hanya kerana sekupang dua...ingat, jika kita bermurah hati bersedekah, insyaALLAH rezeki ALLAh itu lebih banyak didatangkan kepada anda dari segenap sudut pelosok dunia...cuba letakkan diri anda to others shoes, u will feel the same of hers....bukankah sepatutnya hati wanita itu lebih memahami hati wanita yang lain???

I learnt that not everything in life is free, u've got to work hard for it..I learn not to spoiled your kids who ask 4 everything they want and get it..
I learn to have respect for others and things around me..
I realize the most important things in life, survival, family, faith and love..
I realize that what goes around comes around..if u do good to those around u..those around u will do good to u..
I LEARN TO APPRECIATING THINGS AND EVERYTHING AROUND ME....


sekiranya anda adalah seperti saya..maka jangan jadikan kekurangan anda sebagai satu halangan untuk anda..
saya hargai siapa anda..


sekiranya anda dilahirkan sebagai orang yang bernasib baik daripada saya..maka bersyukurlah dengan sepenuh hati anda..
saya juga hargai anda dengan sepenuh hati saya..


pokoknya.bila kita x ade seperti apa yang orang ada..kite berusaha dan jangan terlalu mengeluh..sekiranya kita ada segala galanya..kite harus bersyukur dan xsalah kalau kadangkala kita pandang orang-orang dibawah kita..


p/s: saya bukan menulis untuk simpati..cuma saya nak kamu ambil pengajaran daripada cerita saya ..hargai apa yang ada didepan kamu, everything....!!!





appreciate every single things around me, peace with love ...
ingatlah...setiap manusia itu tidak akan sunyi dari terus diuji..itulah cinta ALLAH kepada kita ... (*_^)


 

Thursday, 13 October 2011

Stress Up!!!

As Salam,

Bulan ni adalah bulan yang paling banyak cash flow yang pernah saye alami..dugaan itu terasa berat dan sangat menyeksakan...
dan di kala dugaan yang tak kenal erti belas itu mendatang..di kala itu jugaklah datang satu persatu perkara..and bulan ni jugaklah bulan yang paling papa kedana yang saye pernah alami..lebih papa kedana daripada insan2 yang pernah masuk "Bersamamu lagi" heh3..*(tipuuuuu)

ngtah..tibe2 sedikit rasa menyesal dulu sebab cakap "money is not everything" sebab "everything need money" sekarang saye menjadi semakin mereng dan meroyan gara2 everything yang saye nak buat need money! haihs ape cer ???
semalam secara tibe2 rasa nak call gangster kat tempat saye nak ajak merompak.,nasib baek tak sempat nak buat kerja berdosa tu tet.....( because in order to succeed we should plan properly like a profesional haha)..



waaa banyak sangat benda yang saye kena bayar..mana nak cekau duit sumpah saye tension..badan yang tengah segar bugar seorang atlit kat trek olimpik pon bleh jadi hidup segan mati tak mahu tibe2 bile teringatkan mana nak cekauuu duit...

money..money..money *(not MU2$ saravanan heh) he own a lot of money by his name :b)  heh3


I don’t know if money can buy lasting happiness but I strongly believe that money can buy happiness. ewww skipping sikit..heh3..actually..duit boleh bagi lot of happinesss..even pura2 cakap money tak boleh beli kebahagian..tapi at least..die boleh bagi kite kegembiraan even sekejap. It may be short-lived, but the point is, it makes you happy. kan..kan..


Call me materialistic but material possessions do make me happy.he3..lagi banyak dress yang boleh saye beli..lagi happy i am..ade duit pastu boleh pergi hang out sambil shopping2 buat saye happy jugak.. ade duit juge boleh membawa saye ke merata ceruk dunia Allah ini juge...dan dengan duit juga boleh membuat apa juge yang kite nak weh!!!kadang2, money adalah tanda high or low class seseorang...im tired of hearing people diunderestimating just because they dont have money..saye jugak letih bile tengok manusia2 yang tidak melayan manusia sama rata just because of money..nak pretend duit tak penting..memang tak boleh nowadays..everything is about money huh.. I’m speaking with almost honesty here!




Now I’m not saying I need a BMW 5 siri to make me happy. saye tak cakap yang saye perlukan seseorang yang kaya raya utk buat saye happy..saye jugak tak cakap yang every month saye harus shopping kat Gucci or Lv tuk buat saye happy..saye tak cakap yang modal business saye perlu berpuloh riban seperti bala tentera tuk buat business saye success..im not saying that..(but menangis kat dalam kete bmw lebih cute berbanding nangis atas beskal yedak)..heh3

I also know… Money can buy a bed, but not sleep. $ can buy a Food, but not appetite. $ can buy a House, but not home.I know money also can buy you fake friends, saudara mara..maruah..even masalah..yang kaya raya pon hari2 fikir pasal duit..yang miskin hina dina pon hari2 fikir pasal duit..sampaikan hari2 ..saye sendiri pon fikir pasal duit..huwaaa..

 
saye tahu kebahagian sebenar adalah datang dari dalam..harus datang dari hati yang ikhlas..hubungan yang baik..jiwa yang tenang... But enjoying material pleasures is no sin!


so bagi saye..money itu sangat2 penting tapi jangan kita menjadi hamba duit...bile kite jadi hamba duit..time tulah kita akan jadi sombong..bajet kaye..suke pandang rendah kat org2 yg susah..jadi jahat..rasuah sana..sini..kn? so..biar kite control money..jangan sampai money control kite..biar kite bertuhankan TUHAN..jangan bertuhankan Duit..


dan bila bercakap tentang kebahagian..
where should i buy this??
terasa seperti diri sangat tidak bahagia akhir akhir ini..
kenapa ye?? kenapa saye yang biasanya kuat untuk melawan kesakitan perasaan akhirnya gagal jua..

(sigh im sure nobody understands..dont bother.dont even re read and try to understand..im just too..

*(stressed up)


*kah kah kah* gelak besar, semua pics tiada kena mengena dgn entry...saja...kan saye dah kata saye sedikit merengs n meroyan pada ketika ini!!!

Monday, 3 October 2011

Bilang padaku apa bezanya kau dan aku???



seorang saye hanyalah hambaNYA dan setiap hari darjat ini hanyalah juga sebagai seorang hamba yang hina dan lemah..

Bismillah..

Hanya kerana saye kasar..saye sinis, saye tegas dan saye straight to the point..awak mengatakan saye tiada adat..tidak lembut dan tidak berhemah..awak membandingkan saye dengan awak yang baik..berbudi bahasa..tidak ganas dan tidak perasan bagus seperti saye..
dalam kasar saye yang awak benci..saye tidak pernah bercakap tentang awak dibelakang awak..
dalam lembut awak yang awak banggakan..awak sentiasa bercakap tentang saye dibelakang awak...

jadi apa bezanya awak dan saye?


demi untuk menyakitkan hati saye awak kata depan saye..buat apa ada paras rupa tapi perangai harem..
baik muke hodoh tapi perangai cantik..saye tertanya-tanya,,tujuan apakah perkataan itu..saye tidak pernah merasakan diri cantik atau merasakan diri terlalu hodoh..cukup bersyukur dengan apa yang dikurnia..

jadi apa bezanya awak dan saye?
sekiranya saye  ini bagi awak cantik..tidak pernah saye menghina orang yang hodoh..
sekiranya saye ini bagi awak hodoh..saye juga tidak akan mengANTI orang yang cantik..
saye hanya mahu hidup sederhana seadanya selamanya..
seteruk teruk saye pada pandangan awak..saye tidak pernah mengeluarkan perkataan sedemikian rupa di depan awak kerna takut akan melukakan hati awak..
sebaik baik awak pada pandangan saye..awak memperkatakan perkataan2 yang awak sudah pasti akan melukakan hati saye,,


jadi apa bezanya awak dan saye?
awak berpuas hati dengan harta khazanah awak..awak memandang saye sebagai seorang yang sungguh kesian dan lemah..tapi...
bile saye lapar saye makan..
bila awak lapar...awak pun makan.
jadi apa bezanya awak dan saye?
awak membenci peribadi saye..awak sentiasa membuat contoh bahawa peribadi awak harus saye contohi..
saye ini bagi awak seorang yang sangat emosi,bila sedih awak  pernah menangis, saye sedih saye juga turut pernah menangis ..
silap awak saye tak pernah hitung walau peribadi saye tidak sehebat peribadi awak.
tapi sehebat hebat peribadi awak.. tidak lepas dari menghitung, mengira dan mencari silap saye..

jadi apa bezanya awak dan saye?
sampai suatu saat..saye akan mati..jasad saye akan dimamah bumi..sampai suatu ketika..awak akan mati jua..jasad awak turut akan dimamah bumi ..

jadi apa bezanya awak dan saye?


jadi sebenarnye awak sentiasa mengatakan ..jauh bezanya awak dan saye..maksudnya apa?
awak terlupa..bahawa saye dan awak sesama manusia..sepertimana awak benci orang menghakimi awak..begitu jualah saye benci akan orang yang menghakimi saye..




awak bukan tuhan..awak tak layak menghukum dan menghakimi org lain kerana awak sendiri tiada bezanya dengan orang lain..
saye manusia..awak juga manusia..sampai masa..yang akan menghukum saye dan awak hanyalah ALLAH..mind that!!!





foot note : just my random thought after that day..
this is what i learned from my bad experienced
seperti biasa bila diri ini terlalu gundah gulana maka gabungan airmata dan air kolam ini adalah selayak-layaknya...wahahhahahahahahhahahahahahahahha

Monday, 19 September 2011

kalau nak sesuatu, "TAKE IT & DO IT !!!"

salam guys..


Success and happiness..
saye percaya everybody would wish and want to possess..BUT not everyone is capable of having these 2 things well..as whoever-has-said before that NOBODY PERFECT!
mind that..There's no such thing called PERFECT PERSON in this world..except dalam Dictionary! Forget all the stupid childish dramas(expecially sinetron yang episod panjang giler.bullshit) yang selalu propagandakan ada manusia yang perfect and damn good in everything..but heck..in reality..NO SUCH THING!

 dah 5 hari kuman selsema hack mine, dah didiagnosis n ditreatment but still the symtoms is there...so dlm sakit segala badan, idong full of mucus...hiking jew...layan jew...even with 0 fitness freak but still go for trekking...


but..xperfect tak bermakna kita tak boleh menjadi perfect...dalam nak mencapai sesuatu..you should did something extraordinary..you should dare to take risk..kalau kita sentiasa mengambil langkah mudah..langkah paling koman..langkah paling xcun..jangan harap kita nak mencapai dengan perfectnya apa yang kita nak.Jadi kalau dalam hati we desire  and determine to do something, just do it because success and happiness lay from ur heart and no need people approval...


risk??memang hidup ini adalah risiko..sesiapa yang sanggup dan berani menghadapi risiko..dia sebenarnya sedang hampir untuk mencapai target yang diinginkannya!
so why afraid of taking risk?


       so bila kita sampai target, reach our destination...satisfiednya hati hanya kita yang feel..that's why...happiness in life is how we take it and go with it... the authorities is yours(*_^)


let say la..kita ni xhebat..xcantik.xpandai.tapi kita nak jadi hebat.cantik.pandai.so apa salahnya kita berusaha ke arah itu..try harder..harder k bebeh!
let say la..kita ni teringin gila rumah pangsa 100 tingkat with pintu gangsa and tingkap tembaga,then work harder to get what u want,set a goal..kenapa bother orang nak cakap kita xakan mampu or not capable to achieve that?
what you have to do is BERUSAHA and ready to take risk....InsyaALLAH u akan dapat what u wish, got what i mean??


having a good life is good..in fact, its super awesome..so please darlings out there..jangan takut bila ada orang kritik kita or hentam kita..sebab kita memang xperfect, but at least..kita ada lakukan sesuatu rather than si pengata yang hanya tahu berkata2 je..moral?
nobody perfect.take risk.sure u will got what u want

   dah lama bangat saye teringin nak hiking youth park dah sampai sini kira ok lah erk...even dlm kesakitan dan kepenatan dan kemengantukan...YES..I DID!!! I LOVE 5...


this is life..beautiful but bit hard
we always think to tackle this boulder, every twist,every turn in life bring the unexpected!!!
kalau takut dilambung ombak..jangan berumah ditepi pantai..
at least..takut nak buat rumah..tapi still kita boleh bermain-main ditepi pantai kan??..if u dare to take risk..at least..u dapat something even you xdapat everything..

it's true that not everything WE HOPE FOR become reality..
sometimes..we failed..but be positive,,dont be sad, dont give up
face everything with smile..open your heart..when you are ready to cry..
mean that u are ready to smile again


see?
i told you before..life not that easy..not that hard..just smile and smile..heh3

  muka pucat sebab sakit but still because I want it, I go for it and...I achieve it....thanks you friend for inviting me to this trek!!! Sangat suka dan berbangga pada diri ini...he3...




Thanks for reading this (*_^)


12am tenant lock from inside,kol and text me, aduyai
4am SNA mimpi monster then I can't sleep until Subuh
morning 8 am send SNA to skul
morning 10 am gas & locksmith setel perkara 1 AV 2-12-2 & 2 BJ
morning 11 am appointment with Wendy
1pm balik umah
2pm send SNA & SNB to akademi Islam Pekaka
2.30pm hiking penang hill
5pm balik dr hiking fetch anak2 dr akademi Pekaka
6pm reach sg ara Kumon
7pm makan KFC

now what? refresh n solat n blogging...ha3...tau dek azean n kengkawan sure marah gila kat saye sebab asignment yang silap tu lum saye check....ha3 ha3 sebab tu belum ada dalam list to be done for today....sowey.... (^_^)

Thursday, 15 September 2011

Jika esok tiada lagi.....

salam..


Esok tidak menjanjikan apa2..hiduplah seolah2 today is ur last day...
if tomorrow never comes,
will u be glad or sad?
will u be ready to leave the love u have? but if there's tomorrow..
what will u do today??
will u still live like yesterday or live like its ur last day?

Don't love SOMEONE like your EVERYTHING because
when he/she is gone U have NOTHING!!!
 

ingat..today may be all we have..tomorrow may or may not come for us..sesuatu yang kite tidak lakukan hari ini kerana kite mengharapkan untuk dilakukan esok tidak menjanjikan apa2...kerana kite tidak tahu apa yang akan terjadi esoknya..

        kalaulah kutahu hari itu merupakan 10 hari terakhir kami bersama....

i learned that tomorrow never promises to everyone..i regret for the things that i never do on the day i intended to do just because i hope for tomorrow..and sadly said..tomorrow that i hoped for... never coming..i always experienced that.
sangat2 mengambil pengajaran daripada itu...kalau boleh..layanlah dan sayangilah mereka2 di sekeliling kita baik2 seolah2 esok tiada lagi..esok mungkin apa2 terjadi..esok mungkin salah seorang akan pergi..malah esok mungkin tidak ditakdirkan untuk kita berbuat kebaikan lagi..

         kalaulah kutahu hari itu merupakan 9 hari terakhir kami bersama...

hari ini kite masih bersama..esok kite mungkin akan terpisah..
hari ini kite sihat..esok mungkin kite tiada lagi di dunia..
hari ini kite kaya..esok mungkin kita akan miskin..
hari ini kite mencintai..esok mungkin kite membenci..
hari ini dia datang..esok mungkin dia pergi..

sekiranya esok yang kita harapkan tidak menjadi..sekurang kurangnya kite tak kan menyesal kalau kite lakukan apa yang kite nak hari ini..
sekiranye esok orang yang kite sayang pergi meninggalkan kite..sekurangnye kite tak kan menyesal kalau kite sudah lakukan yang terbaik untuk dia semasa dia di sisi kita..
sekiranye esok kite menangis dan meratap atas sesuatu..sekurangnye kite tak kan menyesal kalau hari ini kite tersenyum gembira..
kerana esok pasti ada..tapi esok itu belum pasti untuk kite...

life really uncertain..we dont know what tomorrow will bring..why not be nice to everyone just for today??just in case its your last day to be nice to someone else's..then..u will be no regret for tomorrow if anything happen..Regardless of who u are..how well off u think u may be..how much ur lover love u..how rich u are..but still..bad things can happen...death is sudden!!!so..hargailah seadanye hari ini dengan menghargai orang lain seolah olah esok belum tentu dijanjikan untuk kite menghargai dia lagi...


 kalaulah kutahu hari itu merupakan 10 hari terakhir anak2 ini bersama bapa mereka....

nanti dah tak de guna untuk kite berkata bahawa..
kalaulah saye tahu esok dah tak de untuk saye dan dia..pasti hari ni saye akan layan dia baik2..
kalaulah saye tahu hari ni adalah last day saye tengok die tersenyum..pasti saye akan buat dia ketawa dan tersenyum bersamaku..
kalaulah saye tahu ni adalah last time saye tengok die tidur..pasti saye akan menemani die dan berdoa supaya tuhan merahmatinya..
kalaulah saye tahu ni adalah last time saye dengar suara die..pasti saye akan video tape every single words yang keluar dari mulut die supaya bile saye rindu.saye bleh play it back..


http://www.youtube.com/watch?v=SLMGrux86L8


someday korang akan sedar..KALAU itu dah tak berguna lagi..so

                                       

why waiting for tomorrow??
why not today??
why ???
delete KALAU dan redha dgn setiap Qada & Qadar tuhan adalah sebaik2 jiwa hamba dan seorang insan yang menumpang..... (*_*)

Monday, 12 September 2011

Jangan Lari dari masaalah, Face it!!!!

How we live today affects all of our life tomorrows.
Remember that turning down
the wrong road is part of the journey,
and finding our way back is
the challenge...

 

hey last Sunday morning..
I'm too lazy to go to kuliah okey, raining so heavily and the clouds make me so "isolete mode"...


i dont know how to tell you this but seriously..hati saye sangat hancur remuk redam..
and setiap hari saye selalu fikirkan ayat tak berperikemanusian macam ni kat diri sendiri..


kalaulah saye..
kalaulah saye tahu..
kalaulah saye dapat tahu..
and kalau lagi..
and kalau tu memang sangat2 membunuh..


sebab ia macam kita menolak realiti..
Fish fishy fishery, I can't take this anymore..haish
okay now delete KALAU itu..
setel  perkara 1.


and kesedihan tu kalau kita tak atasi..kita memang boleh jadik mereng..semakin kita menolak realiti..cuba untuk melarikan..semakin sakit dan menyakitkan..
so terbaik adalah..hadapi and bersemuka dengan kesedihan tu..apabila kita hadapi sesuatu tu depan2 mata..depan2 muka..memang ianya akan membuat kite double down berbanding dengan kite cuba avoidkan..tapi double down itu hanya sekali je kita rasa and after that..
insyallah kita okey..trust me!!!

pengajaran:
jangan lari dari masalah..hadapi and lawan masalah tersebut.
setel perkara 2..


apabila sesuatu masalah itu dihadapi and dilawan depan2 mata..memang..rasa down or pedih and sakit teramat sangat..
so jangan biar diri duk layan blues sorang2..itu akan buatkan kite berfikir 30juta kali gande tentang apa yg terjadi..and itu akan memudahkan jalan2 ke pintu utama Hospital BahagiaTanjung Rambutan..

Holding your head high,
And being the best you know you can be
When life seems to fall apart at your feet,
Facing each difficulty with confidence
That time will bring you better tomorrow's
And never giving up,.....


saye tak nak hidup saye dihurung rasa sakit and tersakit macam lalat tu..heck i hate this..
selain doa dan amal ibadat yang tak berapa sempurna..saye akan keluar berpelesaran dan menghiburkan hati dengan petikan gitar2 kegembiraan dengan kawan2..chewaaah ayat lirik lagu macam celak*.

setel perkara 3..


i really hate this but sorry My blog's always so emo. Double haihs..

 urm now what ya??

weekend baru2 ni ujans amat lebat turun,masa kaki nak melangkah kuar umah lepas baca doa..Allahumma tawakaltu...saye cam nak patah balik jadi tenggiling mengeram tapi bila ingat menuntut ilmu ni cam fisabillillah...saye pun rase amat bersemangat nak pergi berjuang..... (*_^) kebetulan masa nak corner baring kat junction BB saye ternampak segerombolan manusia2 riding beskal..hormon endralin saye terus meningkat 165%...terus jadi bersemangat..mana idaknye, di bawah hujan lobats pun mereka2 itu sanggup cycling beskal u... (*_^) 


kite budak yang comot

kite budak suke makan


kite suke amik makanan kakak kite
                                          kite sangat suke buka mulut.... (*_^)


                                              kite xkenyang2 lagi....



btw..before this entry come to end..
i like to sharing this..




thank you for reading this "haish" entry....pening.....sangat2.....



see...cycling under the heavily rain???

                                  life is full with circumstances ya...