Thursday, 12 January 2012

Cinta Yang Hanya Tinggal Kenangan...


As salam,

Dengan mencintaimu aku sedar bahawa cinta itu mengubah pahit menjadi manis..debu menjadi emas,penyakit menjadi sembuh, derita itu nikmat..dan segala yang buruk itu baik..

Kekadang aku menidakkan kebenaran..aku mempercayai segala kebohongan.kerana sungguh cinta itu buat aku alpa dan buta..

Dengan mencintaimu juga aku sedar bahawa cinta itu membuat aku yang sihat jadi sakit..gemuk menjadi kurus..normal menjadi gila..

nescaya ketika aku sedang enak dilamun cinta..buanglah aku ke laut.ke padang pasir mahupun hutan rimba...pasti aku akan belajar untuk hidup dan takkan mati kelemasan...
dikala aku sedang berduka kerana cinta..lemparkanlah aku ke gudang roti..nescaya pasti aku akan mati kelaparan..


Dengan mencintaimu bukan bermakna aku tidak mencintai tuhan..namun kelemahan aku adalah kerana aku manusia.aku bukan alien dan bukan pula malaikat.
aku manusia punyai hati yang sungguh komplex untuk kau robek-robekkan ia wahai cinta!
segagah gagah manusia dilunyai dengan cinta..besi mampu lebur..jahat menjadi baik..malah raja menjadi budak..

aku tahu..dan ramai yang memberitahu..
cintailah seseorang kerana tuhan..
cintailah tuhan kerana sesungguhnya cinta pada tuhan cinta yang hakiki..
cinta pada manusia itu sakit, pedih dan melalaikan..
tapi sang pemberitahu juga tidak mampu menahan dirinya daripada mencintai..
aku juga tidak mampu menahan dari mencintai walaupun diri sendiri selalu diingatkan untuk tidak mencintai seseorang itu dengan sesungguh hati..kerana setiap yg datang pasti akan pergi,setiap yg bernyawa pasti akan mati...
manusia itu rapuh..
aku itu lemah..
cinta itu parah..


cinta itu kekadang membuat aku hilang pertimbangan..kekadang aku sanggup untuk kehilangan apapun kerana cinta asalkan aku tidak kehilangan orang yang aku cinta..
cinta itu kekadang membuat aku seperti sang tiada akal..
cinta itu membuat aku sanggup bekorban apa saja walhal selama ini untuk diri sendiri pon tidak sanggup bekorban apatah lagi untuk orang lain..

cinta itu menjadikan aku seperti sebuah kereta kebal..mengubah aku menjadi kayu dan patung..
kerana setiapkali dia menyakiti hati aku..aku sentiasa mengulang2 bahawa..aku bukan tunggul kayu..aku bukan patung yang kau boleh perlakukan sesuka hati..
anehnya..aku sendiri yang berkata akan kayu-kayu dan patung-patung itu..aku sendiri yang bertahan dan membiarkan diri sendiri menjadi seperti patung dan kayu..
nah bukankah aku berkata tadi aku persis sebuah kereta kebal yang sangat tahan pada asakan?


cinta itu adalah seperti aku mahu mengusir kau jauh2..
aku mahu tinggalkan kau berbatu batu jauhnya yang mampu aku pergi..
aku membenci kau sehinggakan seperti sanggup meludah diatas muka kau..dan disaat kau pergi dan tidak kembali-kembali..aku seperti mahu mati..

dan pada akhirnya..aku sedar bahawa jika saja kehadiran cinta sekadar untuk mengecewakan aku..lebih baik cinta itu tidak pernah hadir dan pada akhirnya..
aku sedar bahawa jika saja kehadiran cinta itu hanya untuk seketika..lebih baik aku tidak pernah tegar untuk memulakannya..

p/s: entry di saat hati berasa sangat sakit..maka secara automatik diri menjadi seperti ahli falsampah :)



Tuesday, 10 January 2012

Perpisahan Yang Sungguh Maha Pedih Untuk Dilalui....

Bila Januari muncul kembali....
Yang meninggalkan dan ditinggalkan...hari pedih itu baru semalam berlaku dan pada tarikh itu adakah esok akan menambah kepedihan lagi...






melalui detik perpisahan dengan orang yang kita sayang amat payah untuk ditelan.sungguh maha pedih kenyataan itu..
hanya yang pernah merasai kehilangan tahu bagaimana luluhnya hati untuk menerima hakikat kehilangan itu..yang hilang tetap hilang..

yang hilang itu cuma ada satu je dalam dunia ini..kalaupun ada pengganti..kalaulah ada…
kehilangan itu tetap tak terpadam..hukum alam..sampai satu ketika..yang bermula pasti ada akhirnya..yang datang pasti akan pergi..yang bertemu pasti akan berpisah..
ya hidup perlu diteruskan tapi kadang2..kenangan itu sangat pedih untuk diingati...


                                         kenangan yang kekal bersamaku...


kadangkala..setiapkali melewati tempat2 dimana kita pernah lalui bersama orang yang kita sayang dan telah hilang itu pergi...tiba2 terpandang sesusuk tubuh orang yang kita sayang itu,jantung kita berdegup kencang, dan bila menyedari itu hanyalah bayangan illusi lalu hati kita tiba2 akan dijentik rindu dan sayu...sunyi dan sepi.. menyusuri tempat2 yang pernah mencipta indah kini hanya tinggal sejarah..melewati bilik tidur mereka yang kosong, sunyi, sendiri..setiapkali itulah kenangan bersama mereka hadir..dan kehadiran kenangan itu hanyalah menambah duka dan seksa..sungguh2 seksa dan derita..



perasaan kehilangan itu bagaimana mahu ditaksirkan ya?
ianya seperti aku berlari lari mengejar pelangi di kaki langit..sejauhmana pun aku berlari..aku tak akan pernah sampai ke kaki langit itu..
begitulah juga setiapkali aku rindu..aku tunggu..tapi yang telah pergi..tetap pergi dan tak akan kembali walau seribu tahun pun aku ditakdirkan menanti..



kepada yang pernah merasai kehilangan...
pernah tak..
tengah malam kita terjaga dari tidur..kita tiba2 terasa rindu..rindu yang sangat2 mencengkam..namun rindu itu tak pernah dapat diluahkan..kepiluan yang akan membuak2 di sudut hati..langsung selepas itu kita tak mampu lagi melelapkan mata..




pernah tak..kita terasa seperti baru semalam dia ada di sisi kita..seperti semalam kita baru bercakap dengannya..seperti semalam kita mendengar tawanya..namun bila kite tersedar dari mimpi..rupanya dah lama dia pergi...dah lama dia tiada lagi di sisi..




pernah tak..kite terasa seperti mahu mencari carinya..tertunggu2 panggilan telefon darinya..ternanti2 kiriman sms dari die..namun bila kita teringat dia sudah pergi..kita tiba2 rasa sunyi dan kosong..semakin kita melupakan..semakin kenangan bersama dia datang menggila..
pernah tak..bila kita di meja makan,kite terasa seperti sedang berkongsi makanan dengan dia, sedang menyuap makanan kesukaan dia yang kita masak ke mulut dia...tiba2 kita tersedar dia tiada di depan kita,yang ada hanyalah kenangan.lalu kita tak jadi makan, hilang selera, hilang rasa, hilang segala...





pernah tak kite terasa begitu mahu berbual dengannya..seperti kita mahu memberitahu yang kite sangat2 cinta dan kasihkan dia,sangat2 suka dengan perangainya..seperti kita mahu memberitahu yang kita sangat2 rindu padanya?
dulu..semasa dia ada..walau marah..walau geram..walau sayang..walau cinta..walau rindu kita boleh call je bagitau..kita boleh sound depan2 je..kite bleh buat2 merajuk dengan harapan dia pujuk..



tapi bila dia dah tiada.
pada siapa lagi kita mahu melepaskan rasa?dia tiada mendengar..
pada siapa lagi kita mahu memberitahu sayang dan cinta kita??dia tiada mengerti sudah..
pada siapa lagi yang sudi mendengar segala resah dan gundah yang sebelum ini hanya dia tempat kita bercerita..dia sudah tiada untuk memimpin tangan kita
pada siapa lagi kita mahu merajuk untuk dipujuk?dia tiada melihat..dia tiada..tiada yang tak mungkin akan ada lagi..


pada saat itulah..kite sedar yang kita benar2 sudah kehilangannnya..kite sedar yang dia tak akan datang untuk melihat kita menangis dan tertawa lagi..kite sedar yang segala galanya tentang dia sudah berakhir..dia ada dunianya sendiri..dunia dimana dia dengan tuhan..bila saat itu tiba..sudah tiada guna airmata..sudah tiada guna sesalan..sudah tiada guna cinta yang tak terucapkan..sudah tiada guna hadiah yang tak terberi..sudah tiada maaf yang tak terpohon..yang ada mungkin kenangan...


 
kenangan yang kadangkala manis..kadangkala perit..tapi itulah yang tinggal..
dan hidup dalam kenangan seperti itu hati kadangkala terasa mati..dan rasa perit pedih yang pernah dilalui itu seperti tak ingin melaluinya lagi....
sungguh2 tak sanggup...



                        pedih dan perit di dalam diri serasa menghiris hati  yang entah bila akan berhenti...Ya Allah tabahkan diriku, temukanku dengan ketenangan, jiwa ini dibelasah rindu tetapi apalah dayaku...


Pada hari ini aku kehilangan segala2nya
Al-Fatihah pada arwah suami ...12hb Januari muncul kembali...


kenapa ya...aku yang selalunya kuat dan bisa melawan dugaan perasaan, tewas juga akhirnya...untuk kali ini dan tarikh ini juga...sangat2 lemah kali ini..mungkin hati yang penuh luka ini dah tak mampu menanggung luka2 itu lagi yang sungguh pedih,perit dan menyesak serta menyeksakan...sangat2 seksa....
sungguh2 tak sanggup...
Ya Tuhan, kuatkanlah semangat hambamu ini...








"hidup seperti ini..kita melewati jalan ini hanya sekali..kita menyusuri sungai ini hanya sekali..kita melalui taman ini hanya sekali..kadangkala kite tiada kesempatan utk melewati jalan itu untuk kedua kali..kadangkala kite tiada punya waktu untuk menyusuri sungai itu lagi..kadangkala detik untuk kite terlalu singkat untuk melalui taman itu kembali..maka..selagi kita masih dijalan itu..selagi kite berada didalam sungai itu..selagi kita berjalan ditaman itu..sekiranya kita ada peluang untuk mengembirakan mana2 hati yang kita sayang..maka..gembirakanlah mereka selagi peluang itu masih tersisa.."



dan hari ini terbukti Januari itu bulan yang patut aku benci!!! kehilangan orang yang aku sayang dan kehilangan segala sumber inspirasi dan semangatku...
Abang...pedihnya       :(
           




Monday, 2 January 2012

New Year 2012 Huh...

Salam readers,


Heppi New Year 2012 J
2011 dah kite tinggalkan..masa itu tak akan berulang dan tak akan pernah kembali..banyak ke faedah yang kite dapat dari 2011?? or banyakkah keburukan yang kite dapat dari 2011?? I know ada yang sedang menikmati kejayaan di 2011..ada yang berkahwin..bercerai..beranak pinak dan macam2 lagi..but now it’s 2012..life must go on…

trajedi malam new year-kete breakdown :)


even Januari for me really hurting and terasa takut mahu melaluinya kerana kepedihan itu serasa masih berakar umbi di hati but…masa yang lepas jangan dikenang..tapi dijadikan pengajaran..masa yang lepas tu..walau macammana pon..tetap tidak akan kembali. Fakta yang betul..
yang ada hari ini..dan esok insyallah even belum pasti..
apa yang kite buat hari ini biarlah terbaik..lebih baik dari yang sebelumnnya..


saye sendiri banyak melakukan kesilapan..kesilapan yang saye tak dapat nak undo balik..tapi at least..saye boleh repair balik hari ini..sekiranya kite sentiasa mengenang masa lalu yang tidak dapat dilupakan..maka kite tidak akan bergerak..setakat itu sajalah..
oleh itu..hari ini yang masih ada..gunakanlah peluang itu sebaiknya..kite baiki balik apa yang kite dah cacatkan di masa lepas..kite bina balik apa yang dah runtuh..pendek kata..setiap hari adalah hari yang baru untuk kite berhijrah..kan?


lastly..
on your new year..just do whatever u wanna do that it's good for you..that will make u happy. one more thing..when you are good in exam..doesn't mean you will succeed in life or good in everything..
so my point is..
kepada yang pernah gagal..dont be afraid that u will fail forever..tahun baru..jadilah orang yang baru..tak semua orang kaya bermula dari kaya..tak semua orang berjaya datang dari org yang pandai and smart..so..muhasabah diri sendiri..


so guys..my last advice..jauhkan diri dari orang yang suke memperkecilkan kemampuan dan cita2 anda..jauhkan diri dari orang yang suka mencerca dan mencari kelemahan anda..A loser always do that..dia suka mencerca dan memperkecilkan apa yang kite ada dan capai..but the really GREAT ONES make you feel that you too..can become great

bagi saye tahun 2012 ni nak cuba hidup dgn lebih realiti...happy dan InsyaALLAH .....
thank You very Much to AO, hanya Allah sahaja yg dpt membalas nilai kemanusiaan n caring pada saat saye terjatuh itu...

Friday, 30 December 2011

Bila ianya terjadi tak seperti yang kita inginkan....

as long as we have memories, yesterday remains...
as long as we have hopes, tomorrow awaits...
as long as we have relationship/friendship, each day is never a wastes!!! :)


hem,
ngtahlah..tetibe terasa bengang sampai ke telinga bila terkenang kenangkan kejadian yang tidak sepatutnya ini...

time saye ade duit 5posen dalam wallet..time tu lah saye tengok ade barang2 yang cantik2..murah2..sampaikan sale 80%..namun apakan daya..duit xbawa makanya hanya mampu merenung saja dari kejauhan...or paling tidak..saje testing2 kat fitting room untuk hilangkan kempunan..




time saye ade duit satu beg..dengan semangat yang menyala-nyala nak shopping..time tulah apa yang saye nak tak de..tak cantik..or dah abes..and nak tak nak..beli jugalah apa yang dah minat even 1% pun xder sales :(

time saye nak cepat..rushing..time tulah traffic light asyik merah..minyak kete plak dah kosong..kat pam minyak plak ramai orang..jalam jammed giler..ade accident lak kat tengah jalan.sumpah time ni saye hot giler..time saye nak cepat ni lah..macam2 jadik cukup untuk buat saye naik sawan..




time saye xcukup masa, time berkejar ke sana ke mari dgn segala macam appointment & commitment dgn bank officerla, dgn buyerla,dgn supplierla time tu lah pusing 10X bandaraye Bayan baru ni, satu parking pun hampeh belum jumpa.tapi bila time kite saja nak menghabiskan masa,makan angin berfoya2 time tulah semuanya jadi lancar dan selicinnya sekali.Plan nak habiskan masa terluang tu 2 jam tapi cuma spent 20minutes jew dah selesai segala...  :(
 

 time saye parking berjam2 kat depan BJ tu sekali pong xpernah kena saman, sekali saye parking xsampai 3 minutes just nak collect barang, masa tu lah kena saman...yg paling nak jadi ultrawoman, terlambat 5.5 saat jew encik traffic tu dah siap menulis kertas saman :( rugi nyamuk tiruk $300 melayang....



time ujung2 bulan  tengah pokai..time tulah laptop wat hal..kereta rosak enjin, duit AV maintenance mencecah ribuan sampai tenant xleh masuk umah, pastu kena bayar tu..kena bayar ni..tak cukup dengan tu....time tu lah jugak kene beli benda tu..benda ni..sampaikan saye rasa lemas..time tengah duit tak de sesen ni lah..macam2 kena guna duit...memang rase macam jatuh ditimpa tangga yang bertangga2 :( ..




time saye beratur kat atm nak amik duit..dekat sejam beratur punyelah panjang..orang sebelum saye okey je dapat withdraw duit..pastu sampai je kat giliran saye..tibe2 duit dah abes or out of service..yang ni memang meroyan giler rasa....memang sangat2 geram



time saye nak...saye benar2 bersungguh..saye baik..time tulah orang buat taik dekat saye..layan saye macam mak lampir pulang petang/pontianak..buat endah tak endah..time saye dah delete nama dia..dah erase die dari kotak pemikiran medula ablongata saye, time saye dah give up...
time saye dah malas nak ambil peduli...time saye dah xkesah...time tulah dia datang merengek rengek minta maaf; minta diri dia diterima kembali....


nah..
cukup untuk buat saye di attack high blood pressure & diabetics and sawan sekali lagi beserta meroyan :(





  


p/s: abaikan muke macam tengah menahan serangan meroyan seperti gambar di atas :b
bahan bukti-ini adalah fakta dan ada kena mengena yang masih hidup :b





Wednesday, 28 December 2011

tak matilah kalau xde peneman :b

dear my kids, young sisters and brothers..


tak de boyfriend/girlfriend boleh bawa matikah??oh no no..
even tak de husband pon still bleh bernafaskan..InsyaALLAH
soo WHY bother too much??



but kalau keluar je ke mana2 shopping mall or shopping complexs or even anywhere..mesti akan nampak budak sekolah or budak2 yang under age berkapel -kapel..then..dont be surprised kalau kat facebook..budak2 remaja lagi aktif update status cintan cintun..and paling membenarkan kenyataan nih suatu hari tu saye terbaca isi kandungan pendrive yang dipinjam oleh anak my bff, macam2 dia download siap tercipta kad kahwin siap bercreativity dan puitis malah maha penuh dgn ilusi lagi walhal si budak2 tu baru je tamat UPSR...terkezut kan??




i talk based on my experience..
bercinta or having a bf/gf terlalu awal sangat2 melagho kan..sangat2 lagho!i repeat..lagho!
in fact..ianya tak berguna sesen pon..please dont say that..ala..ade bf bleh gak jadik teman sunyi..ade bf leh wat sumber inspirasi..tidak tidak..


selain daripada perasaan cover line yang konon2 bf tu leh jadik sumber inspirasi or peneman sunyi..ianya melagho kan..merugikan..buang masa..tenaga..and duit..jugak akan mengakibatkan tumpuan kite pada pelajaran terganggu..


padahal relationship tu berbatu batu lagi jauh hala tujunye..couple ni banyak membawa kepada kelalaian..kalau tersalah langkah..bleh bawak kerosakan..tu tak termasuk lagik time gaduh or frust..lagi celaka jadinye..tu tak termasuk kena control lagik..tak bleh kawan ngn orang tu..tak boleh buat benda tu..tak boleh pergi sana situ..tak ke bazir camtu je masa mude padahal orang tu bf/gf kite je pon..bukan suami..pastu bile hubungan tu terputus tengah jalan..baru lah rase nyesal..



time kat university pon kadang2 not so good ber bf/gf..lagho jugak..but it can be acceptable la kn..tapi kalau di awal remaja..tak payah lah kot ye..wahai sayang2 sume...trust me.it wont gain anything beneficial pon..

one day..bile kamu dah cukup2 matured..kamu akan berasa sangat2 bodohnye kamu dulu..kalau saye tak bercinta..pasti saye tak lawan cakap mak saye..kalau saye tak bercinta..pasti result saye best giler..kalau saye tak bercinta..pasti tak bazir masa saye yang macam emas tu..

pendek kata..berpada padalah..kalau kite dah beransur ke alam dewasa..its okay la kan nak mencari teman hidup..kalau kite still muda remaja..banyak benda lagi yang kite nak kena buat..try to avoid a serious relationship...sebab dunia kite still lagi sempit dan tak terbuka luas lagik..kalau setakat nak berkawan and kenal hati budi..okay lah kot..tp kalau nak buat cinta mati siap satu dunia tahu..thats really not cool sayang


so..Don't waste your time/energy/money/feelings/age/ by stuck in a stupid relationship..coz it will turn u all being stubborn or stupid or angry or bitter.

And make sure to remember to love yourself sometimes..


akhir kata..
memang tak mati pon kalau tak de girlfriend/boyfriend ni..simple .... (*_^)



lagik cool being single and leh jenjalan ke mana sahaja di muka bumi Allah ini
:b


Friday, 16 December 2011

Bertuahnya, born in Malaysia.... after 1953 ....

entry lama dulu...baru nak post sebab baru ade pics yang sesuai :P...
wekkk..ni entry masa kita menang bola!!!

Hi..Im a malaysian..I eat rice all the time and say LAH consistenly (random)
for example; okLAH, baikLAH,terima kasihLAH..apa2LAH...bolehLAH, janganLAH, xmau baca blog saye boleh belah LAH ??? (*_^)


no matter what our differences but the one that had bring us this far...yeah we're MALAYSIAN, with different cultures n races....

few years back..I REMEMBER as a young married couple reading the newspapers about our football team yang kena "belasah" each time ade perlawanan..I still remember how people out there look down at our players and pernah sampai satu masa..sampai malas nak bukak tv nak tengok malaysia yang asyik kena belasah..

but now..kejayaan Harimau Muda benar2 melenyapkan mulut2 tembakau belacan yang suka memperkotak katikkan malaysia and our players..kejayaan Malaysia merobek hati para2 peminat garuda adalah saat yang paling bermakna..apalah gunanya 1000 pingat emas pon kalau ibu segala sukan dibedal malaysia??
>yeee kite mungkin ketinggalan di tempat yang ke empat secara keseluruhan..tapi emas yang dibawa balik oleh harimau muda seolah olah menjadi satu pesta kegembiraan bagi seluruh rakyat malaysia..

melihat pemain terdiri daripada melayu, india dan cina..melihat jurulatih berbangsa cina..benar2 merasakan inilah negaraku malaysia..bangga.hebat.Im proud of U malaysian people!!!

so proud and so happy and so happy yippie....


sekiranya membedal emas dengan Vietnam atau negara lain..tidaklah rasa sebegitu bermakna berbanding membedal emas dengan Indonesia..merobek dan menundukkan sang garuda benar2 membuat hati seakan mahu menangis.puas hati.bangga.malah seperi mahu berkata..kau Indonesia..lihatlah saye Malaysia.!!

still remember this..

"They don't respect you, they don't respect our flag, they don't respect our King and they don't respect your parents. If you allow this to happen, then you are cowards. You must teach them what being Malaysian is all about." - Ong Kim Swee (Before the final match against Indonesia)

yeah..they dont respect us..some of them actually..
di internet..kata2 nista terhadap Malaysia..termasuk isu2 semasa dimana sentiasa ada peperangan mulut diantara Malaysia dan Indonesia yang mana ianya dicetuskan oleh Indonesia...benar2 merobek hati..melihat negara sendiri diperkotak katikkan..dilabel sebagai anjing, pengganas..dilabel sebagai negara yang lemah, bodoh etc..benar2 mengguris hati..

puas!sudah pasti..teramat puas..namun disebalik itu..saye puji pemain Indonesia Bonai yang bersikap professional..lupa mungkin.dia bukan pemain kelahiran Indonesia. :P



so..dont u proud to be Malaysian??
our country is where we all belong..
each time dengar lagu negaraku..termasuklah lagu2 patriotik yang lain..serta merta terasa bangga..yeah..thats Malaysia!
my country!

negara kite berbilang bangsa.berbilang agama tapi kita aman..mungkin tidak perfect tapi at least..kita boleh makan..tido..bekerja..bergembira dengan suasana yang maha tenang.
negara kita indah.sejarahnya cantik.buminya asyik..rakyatnya baik..warisannya terbilang dan unik..


setiap kali tengok iklan "Malaysia truly Asia" terasa benar2 bangga..lupakan tentang politik..lupakan tentang pangkat..lupakan tentang perbezaan pandangan..yang penting..proud of our Malaysia..ini tempat keramat..tempat tumpah darah kite..tempat kita dibesarkan..tempat nenek moyang kite membina tamadun...


inilah Malaysia..

im so proud of you..am so proud to be a Malaysian!!!



I'm a Malaysian lady, Im nice and Im pretty Malaysian..after all....
I am true Malaysian!


so what about you guys..don't u proud???

Monday, 12 December 2011

Ingat Yang Indah Lupakan Yang Gundah... (*_^)


 "Remember the compliments you receive, forget the insults"

Back with short entry...

 


I don't have attitude problem...I have ATTITUDE & U have problem!


gosh..what a hot Monday afternoon..


setiap hari..akan ada perkara sedih dan happy berlaku kat kita...ada perkara yang amat indah dan xterjangkau dek pikiran kita...ada perkara yg buat kan kita rasa sangat lucu dan juga ada perkara yg membuatkan kita rasa amat sedih dan pilu...tapi recently bertubi2 rasa pilu datang menimpa kehidupan saye...tapi at least saye sedar diri saye so saye nak ajak kawans2 sume baca gak url kat bawah ni utk mengobat diri....

http://genta-rasa.com/2010/06/01/belajarlah-dari-musibah/

kadang2 kita rasa down..kadang2 kita rasa cam kita ni xguna..
setiap kali kite dengar..baca..dan lihat manusia2 yang benci kita..yang suka kutuk kita..yang insult kita dengan perkataan yang sgt2 menyakitkan..yang juga mocking kita dgn benda2 remeh yang xpernah kita lakukan,kita akan rasa diri kita ni low and down sangat.kadang2 kita rasa macam kita ni sangat tak bagus.kita akan rasa kita NI TERUK...itu semua actually..hanyalah parasit2 yang akan memusnahkan kita..sebab kita xpernah pun kacau hidup dia....


kenapa saye cakap mcm tu?

sebab kata2 yang negative yang kite terima terutamanya dari orang yang xsuka kita.,.akan buat kan kita hilang keyakinan diri..Akan menghancur luluhkan sebuah ketenangan hati kita,akan meranapkan sebuah kebahagiaan;kehidupan kita...

SAYA paste kan satu ayat dr "JS" yang agak menyakitkan hati saya..
JS=Joyah Sports

she deserve to get this,memang padan dgn muka dia,memang patut padan dia hidup camtu,dia pun happy kan" memang dia segala memang....memang
memang!!
memang!!!

so if u were me?
apa yang kamu rasa? kalau ikutkan hati..saye akan rase eh teruk sgt kah saye ini,saye anak beranak xpernah pon kacau hidup org,kenapa org tu nak kacau hidup saye anak banak,kalaupun saye buat silap,patutkah dia menghukum saye sedemikian rupa? dia Tuhan kah? apa salah saye terhadap dia?

I dun want to bad mouth to an idiot coz she/he will bring me down to his idiot level

kalau ikutkan rasa marah and sakit ati saye lagi..nak je cakap..if u think that i a kind of junk or jerk, then why dont you fXXXXXX use your own energy and keintelligence kau tuh and ur own money to do all by ur own..? y u always get my help,advice and everything??

but then..I realize..It is sad that I have to face this kind of 3rd class mentality people. But then I also realized that bad people will always be there......and here... (&_&)


so I remember this quote....

"Remember the compliments you receive, forget the insults"


yaa..it is a better things to do kawan2..bile kamu sedih sebab kamu dikeji..dihina..dikutuk dicaci maki..jangan biarkan ia menjatuhkan kamu..ingat lah apa2 yang indah yang boleh buat kamu happy..forget the insults..and also always twist your mind to the things that "this is damn funny aite!!!" this is jokes,this is lawak etc etc...that's why I always use interrior monolog theraphy....even it's look crazy when sometimes I verbally talk to myself but it's theraphy kawan2 and last I always smile,smile n smile to face something bad...

but camner lak if Si "JS" tu yg berjaya "menginfluencekan" somebody around us...somebody in our live??? I dunno what to say and  I serahkan semuanya pada Tuhan...but with pasan cute annoyed face I wanna declare here"my 3rd under last releasing" That's all I wanna say...If kita letakkan sumenya di bawah ketentuan Allah, InsyaALLAH hidup kita dipermudahkan dan di bawah keredhaanNYA....always....trust me
JS=Joyah Sports

so today..di samping kata2 yang menyakitkan hati tadi..
I received an awesome compliments this morning..and also budi baik di balas baik....


I like you the way you are, I like the way you think, I like the way you behave. I respect you and I adore you..There is something about  you and your life that made me realize a lot of things...U are so strong lady!!! Just wanted to thank you for making my day..(*_^)


see?

buang yang menyakitkan..ambil yang menyenangkan hati..


so today..I start my day with a big smile..with a deep heart happy feeling..


Alhamdulilah..our praises to Allah.....



: this is special for "JS" yang everyday hantar bad words kat saye..
JS=Joyah Sports
I don't walk around trying to be what I'm not!!!

I don't waste my time trying to get what is not in my luxury needs, it's in my priorities list !!! .
I work at pleasing me ,not satisfying you ..!!!
I am always seeking God help not you....!!!!




thanks for reading this..


Ya Allah, jika ada manusia yang membenci diriku,janganlah KAU mengizinkan dia mengajak orang lain untuk turut sama membenci diriku....(T_T)