Bismillah,
Kun Fayakun, Jadi maka Jadilah!!!
semua org bercuti pada hari ini,semalaman saye xdpt tdo mengenangkan detik 1.5.2004 yg lalu..saat diri ini diijabkabulkan,saat diri ini dimahkotakan darjat teragung seorang lelaki yg menghalalkan sebuah hubungan kelamin...ya...saat bergelar "isteri"...
tetapi hari ini, belumpun pudar kepedihan hati akan sebuah hakikat akan kehilangan suami tercinta pergi menyahut panggilan Illahi, tiba2 hari ini dan tarikh ini juga hati yang satu ini diguris lagi...pa in law yg amat disanjungi,disayangi dan dikasihi pula meninggalkan kami ...
betapa pilunya hati,
betapa rasa nyilu dan pedih silih berganti,
betapa susah, payahnya menerima ketentuan Illahi ini,
betapa kesabaran diri dipertingkatkan utk kekuatan membentengi diri,
betapa keimanan dipasakkan utuh untuk mengharungi musibah dan ujian ini.......
saye terkenang, bagaimana sukarnya seorang isteri bila berdepan dengan musibah kematian suami yg dicintai, rasa pedihnya separuh mati..entah bagaimana perasaan mami nanti sebab sebelum ini mereka tidak pernah berpisah diri...
I know LIFE was never meant to be easy...BUT I never thought it would be this hard (T_T)
Bagaimana pula anak2 saye yg yatim ini,selepas pemergian arwah abang,hanya mamulah iaitu nana;tempat anak2 saye ini menumpang kasih seorang lelaki...entahlah nanti, saye sendiri xtercapai akal utk menelaah penghujungnya nanti....
Semoga roh mamu kesayangan saye dan anak2 saye SNA + SNB ini aman di alam sana, semoga diampunkan segala dosa-dosanya, semoga segala kebaikannya terutamanya dlm sedekah jariah dan amalan kebajikannya akan diganjari oleh Allah swt dengan sebaik-baik ganjaran.
Walaupun ujian kiamat kecil ini amat berat utk dihadapi.... wahai hati,. bersabarlah dengan dugaan dan ujian kerana setiap ketentuan tuhan pasti tersirat hikmah yang tidak mampu ditelah akal cetek seorang insan.
Buat kita semua yang masih menyedut udara kurniaan tuhan… hitunglah diri…
Andai Allah swt tiba-tiba sahaja memanggil kita pergi, apakah bekalan yang dapat dijinjing buat penyelamat diri?
Apakah kita berada dalam redha Allah pada saat itu?
Apakah kita berada dalam redha suami pada malaikat maut mendatangi?
Apakah kita berada dalam redha kedua-dua ibu dan bapa?
Hitunglah diri…
Al Fatihah untuk arwah Mohd Rasol Bin Kadir Bacha.....
11.50am bertarikh 01.05.2011
No comments:
Post a Comment