Peristiwa Sedih dan pedih itu telah lama berlalu... Kesedihan kami sekeluarga masih belum hilang. Kerinduan di hati masih kukuh tidak berkurang. Melihat Batrisyia yang ketika itu baru berusia 2 tahun 1/2 menangis terkenang atta ketika saye membaca Yasin malam itu, Allah hu akhbar… Tuhan sahaja yang tahu bagaimana rasanya ketika cuba memujuk dia agar jiwanya kembali tenang.
16 purnama telah berlalu. Sudah terlalu lama hidup dalam kesedihan. Mungkin sudah sampai masanya untuk saya tidak lagi berpaling ke belakang. Kehidupan mesti diteruskan. Kalau terus ditangisi yang telah pergi, tak mungkin saya sekeluarga dapat meredah dugaan yang setiap hari datang pergi tiada kesudahan......
Abang,
kehidupan ini perlu diteruskan walaupun ianya amat pincang tanpa abang.....
Abang,
sayang rindukan abang,anak2 juga rindu dan perlukan abang,
Abang,
sayang akan jalani kehidupan ini biarpun seorang,
sayang akan jadikan kerinduan ini sebagai penguat semangat mengatur langkah perjalanan,
sayang akan terus hidup bersama kenangan indah kita sebagai bekalan meneruskan kehidupan.... (T_T)
***setinggi mana kasih sayangku, ALLAH lebih berhak menyayangimu....damailah engkau di sana di bawah RAHMAT dan kasih sayangnya......sesungguhnya sayang akan menyusul abang di kemudian hari***
No comments:
Post a Comment