Saye Terkejut....Mengapa.... (T_T)
As salam,
saye terkejut,masih dlm suasana kebingungan kini...saye baru dapat tahu...
Innalillah wa innalillah hi rojiun....(dari Allah kita dtg dan kepadaNya lah jua kita kembali)
Ya ALLAH,kuatkanlah semangat Kak Ida *(Zahida Ibrahim) dan famili dia menghadapi musibah ini....
saya terkenang betapa sukarnya menghadapi kematian insan2 yang kita sayang...apatah lagi suami yang tempat kita berkongsi "zahir & batin"...biarpun redha tapi sukarnya...Ya ALLAH, apatah lagi ujian ini dia terima di saat dia sendiri xberdaya,masih terbaring dgn kaki yg langsung xberdaya utk berdiri...Ya ALLAH,kasihanilah hambamu,berikanlah kekuatan untuk kami menghadapi ujian kasih sayangMU ini....tolonglah Ya ALLAH...
redha lebih baik dr terkilan tetapi.....
jika perkahwinan itu bukan beralaskan istikharah sudah pasti tidak putus kekesalan menjadi pedang mencincang lumat keimanan lantaran hati protes dengan taqdir Ilahi yang membuatkan jiwa sentiasa lara dan anak-anak tercari-cari sesuatu yang tiada lagi di depan mata....Maka pada langkah-langkah hari ini, walaupun gentar terasa dengan kehidupan yang belum pasti, namun, terpasak di hati bahawa janji Allah itu benar…
bahawasanya, sesiapa yang bertaqwa (takut) kepada Allah, maka Allah akan sediakan jalan keluar (terbaik) untuknya, dan Allah akan berikan kepadanya rezeki daripada sesuatu yang tidak disangka-sangka sama sekali. Pastilah juga janji Allah itu benar, bahawa… sesiapa yang berserah diri pada-Nya, bertawakkal kepada-Nya dan bergantung diri kepada-Nya maka itu sudah memadai untuknya bagi meneruskan kehidupan.
Malah tiada aku janji daripada Tuhan bahawa senyum dan bahagia akan ditaqdir padaku setiap ketika.
Maka kepada Allah lah diserahkan dan dikembalikan segala urusan.................
No comments:
Post a Comment