Saturday, 7 May 2011

Meh Nak Habag Pasaipa La Depa Insulting & Embrassed U

ONLY two reason why people hate you



they hate you because they wanna be YOU
or
they hate you because you are not like them..


sometimes..people hate you because they dont have what do u have..so actually..they dont hate you..they just wanna be like u but they cant.. (*_^)


maybe korang cantik..maybe korang pandai..or maybe korang xcantik tapi pandai, so they hate you because diorang nak jadik macam u..nak cantik.nak pandai nak baik mcm u..so..bile die tiada unsur2 tersebut..dia rasa cemburu..then bila dia cemburu..lama2 akan berubah kepada benci..
then at last..bila ada org tanya..dia akan jawab..


aku xsuke pompuan tuh!!!
why?


sebab dia kerek ah..sebab dia berlagak ah..sebab dia sombong ah..
walhal *(in fact)..orang yang dibenci tu xtahu apa2 pon..


u label them
u put the word kerek.sombong, berlagak.
actually..u obviously hate them because you wanna be like them..


so..dont hate people just because you are not like them..


and if u feel hurt when people hate u..assuming that they want to have what do u have..so share a little bit.. P


and ada jugak..that person xcun..xpandai..xcantik..but everybody like her..everybody adore her sedangkan yg si cantik, si pandai and si kaya tu..xde pon ramai2 nak suka and adore dia..so sure they will hate you..then dia akan create satu story untuk make people hate you..why?

because they wanna be like you..they wanna be humble like you but they cant..they wanna be as nice as u but they cant..they think that they are so perfect to deserve to be liked like you but they failed..


remember this..when people hate you..just pay them no mind..sometimes..The people who hate successful people are usually, unsuccessful..and etc..so on and so forth..kadang2 kite rasa down sgt..kite akn rasa kite ni teruk..apa salah aku?why they hate me?? so..my advice is..

If you become successful and any people decide to hate you, it's because of their own fears, not because you have suddenly become a 'bad person'. ..think positive.

 
and another reason why people hate you because you are not like them..
just because u dont agree with them..they hate you.
just because u are not wearing like them..not eat what they eat..not so great like them..they hate you..

pesan omak: kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai...

sometimes dia rasa dia lemah lembut..dia soft spoken..so dia benci korang just kerana korang kasar.korang cakap main lepas je..so..they want u to be them..they hate you when they judge you from their perspective..eh aku xsuka orang yang kasar..aku xsuka la orang yang mcm ni..aku xsuka la orang yang tulis mcm ni..(padahal dlm hati diorang cakap..dia sepatutnye tiru mcm aku..die sepatutnye lemah lembut mcm aku..dia sepatutnnye tulis mcm aku..dia sepatutnye pakai mcm aku)



so for me..
dont hate somebody when they are not like you..let them be in their way..
it is a worse things to hate people just because they are not that great as you..
it is a worse things to hate people just because they dont agree with u..


then..
when people hate you just because you are not like them..
just let them be..dont feel bad..
mind this..
we do not live to please everyone!!!
just stand for what you are believe is good for you..dont bother about haters..
coz if they hate you because you are not LIKE them..
prove to them that EVEN you are not like them..
u are BETTER then them..



bagi saye..
saye ade prinsip saye sendiri..


I DONT NEED TO PRETEND JUST TO PLEASE ANYBODY..


i dont care what other may think about me..because I want to live my life the way I want..
if i dont agree with someone..it is because i have a strong reason behind it..i dont hate people for no reason..i dont hate people just because of this two shit reasons!!


i always remind myself that life is too short to wasting your time by hating people..so..i will try as hard as i can not to hate everyone..

pesan omak lagi,kalau takut nak berumah tapi bermain di tepi pantai boleh aiihhhhh (*_^)

 
ya..
it is true..When some hurt your dignity, it hurts, but I always tell myself that I am who I am ... NO matter what others say...



so:


live with peace.
always bersyukur for what u have and always look down for more peaceful life
that was from my perspective....what about you guys?










Sesungguhnya penantian itu satu penyiksaan bukan tapi bile dapat udang camni mane nak siksa dah kan...kuang3


Thursday, 5 May 2011

Wanita bila iddah kematian suami....

Sumber dari blog Dr.Hasanah-TQ Dr.....

Saye sendiri pernah dan sudah melalui fasa iddah kematian suami makanya xsalah saye nak share di sini ...


Saye sangat faham situasi ini. Bila kita berada dalam kedudukan yang sangat sukar, kenalah didik jiwa supaya menyedari bahawa ada orang lain yang lebih sukar lagi. Saye melalui iddah kematian suami dalam keadaan seorang diri. Ada 2 orang anak perempuan yang semuanya masih kecil. Ada yang masih minta dikendong dan pada masa itu  ibubapa saye dan ibubapa mertua saye pula jauh di Perak, Saya rasa keadaan saya sangat sukar tapi, saye kena ingat selalu bahawa ada orang lain yang lebih sukar lagi keadaannya. Bila kita sabar, maka Allah akan permudahkan kehidupan. Alhamdulillah, syukur pada Allah s.w.t yang telah ‘menghadiahkan’ untukku ujian ini. Terlalu banyak yang dipelajari daripada ujian ini.


Kembali kepada topik entry kali ini.


Wanita yang kematian suami hendaklah beriddah selama 4 bulan 10 hari. Tetapi jika dia mengandung, maka hendaklah dia beriddah sehingga bersalin. Tempoh ini digunakan untuk memastikan rahim kosong (bersih) dan digunakan oleh wanita untuk menyatakan kesedihan atas kematian suami. Ia juga merupakan fasa perubahan yang sukar dan perlu disokong oleh kaum keluarga, rakan-taulan dan jiran tetangga.
Terdapat LIMA larangan yang dikenakan ke atas wanita yang kematian suami:


1. bertunang (secara berterus-terang)
2. berkahwin
3. berhias pada diri atau pakaian
4. tidur di rumah selain rumah yang biasa didiami semasa hayat suami
5. keluar dari rumah tanpa ada tujuan penting yang tertentu


PERTAMA: BERTUNANG SECARA BERTERUS-TERANG
Para fuqaha sependapat bahawa wanita yang dalam iddah tidak boleh bertunang ataupun dipinang dengan cara berterus-terang. Namun jika mahu dipinang dengan berkias, maka ia diharuskan sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud, “Tiada larangan ke atas kamu tentang apa yang kamu kiaskan untuk meminang wanita”.


KEDUA: BERKAHWIN
Sebagaimana yang telah disebutkan di awal tadi, tujuan iddah iaitu untuk memastikan rahim bersih dari benih suami. Firman Allah s.w.t., maksudnya: “Dan janganlah melakukan ikatan pernikahan hinggalah sampai tempoh tangguhnya (iddahnya)”. Ayat ini menjelaskan bahawa wanita yang dalam iddah tidak boleh bernikah sehinggalah tamat tempoh iddah tersebut.


KETIGA: BERHIAS DAN BERWANGI-WANGIAN PADA DIRI ATAU PAKAIAN
Wanita dalam iddah wajib menjauhkan diri daripada perhiasan atau berhias-hias sama ada pada tubuh badan mahupun pada pakaian. Malah dianjurkan supaya wanita ini menyatakan kesedihan atas kematian suami dan mengelakkan diri daripada menjadi perhatian lelaki kerana dia berada dalam fasa dilarang bernikah. Ini dapat mengelakkannya daripada perkara-perkara terlarang serta menghindari fitnah.
Dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah s.a.w. ada menjelaskan bahawa tidak dihalalkan bagi wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat untuk berkabung lebih dari 3 hari kecuali kerana (kematian) suami. Baginda seterusnya menjelaskan bahawa wanita yang kematian suami tidak boleh memakai celak, tidak boleh memakai pakaian yang berhias-hias dan tidak boleh menggunakan pewangi (perfume), kecuali jika dia membersihkan diri iaitu dengan sedikit haruman sahaja. [Lihat penjelasan lanjut dalam Fath al-Bari, jld 9, hlm. 491].
Hadis sahih ini jelas menyatakan bahawa wanita yang kematian suami dilarang memakai wangi-wangian, berhias pada diri atau pakaian termasuk memakai barang kemas pada badan. Dalam hal ini, dianjurkan supaya wanita ini menjauhkan diri daripada memakai pakaian yang menarik perhatian seperti berwarna terang kerana dikhuatiri akan membawa fitnah dan keinginan pada lelaki sedangkan dia masih dalam tempoh larangan berkahwin.
Walau bagaimanapun, tidak semestinya wanita dikehendaki memakai pakaian berwarna hitam. Hitam ialah lambang berkabung bagi seluruh penduduk dunia. Harus wanita dalam iddah berpakaian hitam tetapi tiada larangan untuk dia memakai pakaian berwarna lain.
Diharuskan juga menggunakan pewangi sekadar untuk menghilangkan bau yang busuk pada badan seperti semasa mandi wajib selepas habis haidh iaitu digunakan pada faraj.
Diharuskan pula memakai celak untuk perubatan, tetapi jika mahu dipakai untuk kecantikan, maka ia dilarang.
Diwajibkan ke atas wanita untuk tetap menjaga kebersihan seperti mandi, bersyampu, menyabun badan dll tetapi hendaklah mengelakkan daripada menggunakan peralatan yang mempunyai wangian atau sekurang-kurangnya wangiannya sangat sedikit.


KEEMPAT: TIDUR DI RUMAH LAIN
Larangan ini terpakai untuk wanita yang berada dalam iddah kematian suami dan juga iddah perceraian biasa.
Ertinya, dilarang tidur di rumah yang bukan menjadi kebiasaannya tidur semasa masih dalam ikatan perkahwinan.
Firman Allah s.w.t., maksudnya: “Jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu maka ceraikanlah mengikut masanya dan hendaklah isteri-isteri kamu mengikut iddah dan takutilah Allah tuhan kamu. Janganlah kamu keluarkan isteri-isteri kamu dari rumah-rumah mereka dan janganlah pula mereka keluar darinya kecuali jika datang kebinasaan yang jelas.” [Surah al-Talaq: ayat 1].
Dalil ini terpakai ke atas semua wanita yang berada dalam iddah bahawa mereka dilarang meninggalkan rumah yang menjadi tempat tinggal mereka selama ini. Malah suami yang menceraikan juga dilarang menghalau keluar isteri yang diceraikan. Kelonggaran untuk tinggalkan rumah hanya dibenarkan jika ‘datang kebinasaan yang jelas’ seperti banjir, rumah hampir roboh dan sebarang ancaman yang lain.
Hujah ini disokong pula oleh hadis sahih bahawa pada satu ketika seorang sahabat wanita bernama Furai’ah telah kematian suami dan memohon kebenaran Rasulullah s.a.w. untuk pulang ke rumah keluarganya. Namun Rasulullah s.a.w. memerintahkannya untuk terus tinggal di rumah yang selama ini didiami sehingga habis iddah iaitu 4 bulan 10 hari. Sabda baginda s.a.w. maksudnya: “Tinggallah tetap di rumah kamu sehingga habis tempoh tangguh (iddah)”.


KELIMA: KELUAR DARI RUMAH TANPA TUJUAN (KEPERLUAN TERTENTU)
Larangan tidur di rumah lain mempunyai kaitan dengan larangan yang kelima iaitu tidak dibenarkan keluar dari rumah jika tiada keperluan atau tujuan tertentu yang penting. Hal ini disepakati oleh majoriti fuqaha.
Hadis sahih yang diriwayatkan oleh Muslim menjelaskan bahawa Jabir bin Abdullah berkata, maksudnya: “Ibu saudaraku telah diceraikan, kemudian dia mahu memetik nakhil (buah kurma) maka seorang lelaki telah melarangnya (daripada keluar memetik nakhil), maka ibu saudaraku pergi bertemu Rasulullah s.a.w., maka baginda bersabda: Bahkan pergilah memetik buah tersebut mungkin kamu dapat bersedekah dengannya atau melakukan perkara yang baik.”
Para fuqaha mengqiyaskan hadis ini dengan wanita yang dalam iddah kematian suami bahawa lebih utama lagi untuk membenarkan mereka keluar rumah terutamanya untuk mencari nafkah kerana tidak ada orang yang menanggung nafkah mereka. [Sila ambil perhatian bahawa wanita yang diceraikan, nafkahnya semasa dalam iddah masih ditanggung oleh suami yang menceraikan. Jika suami engkar, buatlah aduan dan tuntutan di Mahkamah Syariah].
Dalam satu hadis yang lain, isteri-isteri para syuhada Perang Uhud yang tinggal berjiran bertemu Rasulullah s.a.w. dan bertanya, maksudnya: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami berasa gusar di malam hari, bolehkah kami tidur di rumah jiran kami? Apabila siang kami akan pulang ke rumah kami.” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Bercakaplah sesama kamu tetapi apabila kamu mahu tidur maka kembali setiap wanita ke rumah masing-masing.”
Dalam kitab-kitab fiqh banyak disebutkan tentang keharusan wanita dalam iddah kematian suami untuk keluar dari rumah pada waktu siang tetapi dengan syarat terdapat tujuan tertentu dan penting. Menurut para fuqaha, antara perkara tersebut ialah seperti untuk mencari nafkah dan membeli barang keperluan rumah. Dalam mazhab Maliki pula ditambah penjelasan bahawa perempuan yang berada dalam iddah dilarang keluar untuk ziarah menziarahi, dilarang keluar berdagang (berniaga) (kecuali jika itu sumber nafkahnya), dilarang keluar untuk mengucapkan tahniah (seperti menghadiri majlis perkahwinan, pertunangan, hari jadi dan kelahiran bayi), dilarang keluar untuk mengucapkan takziah (seperti menziarahi orang sakit atau kematian) dan dilarang tidur kecuali di dalam rumahnya sendiri. Majoriti fuqaha juga berpendapat bahawa wanita yang dalam iddah dilarang mengerjakan haji atau umrah.
Untuk pencerahan lanjut, lihat Bada’i al-Sana’i, al-Syarh al-Saghir, Nihayat al-Muhtaj fi Fiqh al-Syafii dan Kashshaf al-Qina’.
===================
Baiklah, sekarang dengan fikiran terbuka, cuba perhalusi hukum-hakam yang telah saye nyatakan yang dipetik daripada wahyu Allah serta fikrah para fuqaha yang tiada tolong tandingnya berbanding kita. Apakah agaknya hikmah di sebalik undang-undang ini?


Hmm… saye telah melalui fasa ini dan saye telah merasai hikmah peraturan yang ditentukan oleh Allah s.w.t. ini…


Sekarang terserah kepada anda sama ada anda sedang dalam iddah, mempunyai ibu yang dalam iddah, jiran atau adik-beradik yang dalam iddah atau sebagainya…. Semua pihak perlu saling faham-memahami situasi wanita dalam iddah dan saling ingat-mengingatkan jika ada orang yang anda kenal telah tersilap langkah semasa berada dalam iddah. Bantulah mereka melalui tempoh peralihan yang sangat perit ini.
Semoga semuanya berada dalam rahmat Ilahi. Kasih sayang Allah s.w.t. sentiasa mendahului kemurkaannya, maka janganlah kita memilih kemurkaannya sedangkan azab Allah itu sangat pedih manakala syurga yang indah dengan ni’mat melimpah ruah menanti wanita mu’minah yang sabar meniti kehidupan tanpa seorang suami!




Tuesday, 3 May 2011

Kisah Sedih dan Pedih ngtah bila akan terhenti....

Have U ever felt so alone and nothing make sense? That's how I feel rite now...I feel like m facing everything by myself with nothing but.....TEARS and A FAKE SMILE (T_T)

      Hamid Checha-Kajang, Mamuku tersayang, Sultan CHecha (?), Ali Checha -Mak Mandin


coretan ini untuk mamu..mamu sudah tiada lagi di alam fana ini..namun..dia sentiasa hidup dalam kenanganku…berbicara tentang mamu..banyak juge perkara yang aku sesali yang xmampu aku lakukan semasa hayat mamu masih ada.

mamu merupakan ahli keluarga arwah abang yg pertama sekali melihatku,ketika itu aku masih di peringkat "kawan abang".ketika itu juge sambutan besday arwah abang yg diadakan makan2 di Intel....mamu dan mami masak spesel dr Taiping khas utk besday abang...dari situ aku dapat rasakan hubungan pertalian keluarga yg cukup erat yang mungkin tidak pernah aku rasai sebelum ini....

mamu seorang yang pemurah dan penyayang,mereka sentiasa menguntum senyum bila bersama2ku,aku amat rindukan senyuman itu ...bersusah payah mamu berbicara dgn aku diawalan dgn bahasa melayu sehinggalah fasih dan aku sendiri bertekad utk mendalami bahasa tamil utk mememudahkan komunikasi antara kami....namun begitu hubungan kami amat erat....

aku merupakan menantu sulung perempuan dlm keluarga dan sehinggalah kelahiran SNA,kehidupan kami bertambah bahagia,mamu amat menyayangi cucunya,tambahan pula anak dari benih Boy-iaitu anak kesayangan mamu...ngtahlah....
di mana ada nana,di situlah ada SNA

terkenang aku pada masa aku mengandung,aku muntah,satu bilik air tersumbat..mamu dgn penuh sabar mengorek lubang longkang balik dr terus tersumbat, teruk kan aku ni,tapi mamu sikitpun xmengeluh...sehinggalah SNA dilahirkan,dlm pantang SNA cucu yg amat istimewa...siang dia tidur,malam melewati pagi 2am dia akan bangun buka siren,tersengguk2 lah 1 keluarga mamu dan mami bangun berjaga semata2 menemani tangisan SNA...tidak sedikitpun juga mamu mengeluh cuma tersenyum bahagia...
di mana-mana pasti SNA bersama nananya


bila abang dah tiada lagi, mamulah tempat SNA bermanja...mamulah yang memberi bahagia...sehingga pada hari mamu tiada lagi di dunia ni SNA demam...SNA amat merindukan mamu bila kami di Taman Kaya...entahlah....

SNA & nana memang xdpt dipisahkan lagi...tapi kini....

mamu.aku merinduinya dan aku menyesal kerana tidak dapat berbuat kebaikan kepadanya semasa dia hidup..sesungguhnya ketahuilah..sangat pedih apabila orang yang disayangi pergi tanpa sempat kita menghargainya..
walaupun mamu bukan sebahagian dr darah daging yg mengalir di tubuhku tapi kasih sayang yg bersemadi dari aliran kasih sayang dia di dalam diri ini tidak dapat dibandingkan dengan segala apa yg ada di dunia ini...dan dia menyayangiku dan anak2ku melebihi siapapon didunia ini..

harus akur..setiap yang bernyawa pasti pergi..harus redha walaupun pedih untuk diterima..


Itulah hakikatnya bila kita hidup selesa dan bahagia...aku pun fikir begitu. Walaupun tahu ajal akan tiba pada saat perjanjiannya, tetapi, setiap hari ada sahaja angan-angan yang dicipta, kerana menyangka bahawa kita akan hidup lama…

rasa kehilangan ini hanya ada pada mereka2 yg pernah merasai dan melaluinya....rasa pilu dan nyilu itu dtg berkeping2 merentap tangkai jantung dan hatiku....betapa rasa kehilangan ini benar2 make me in pain....pain....very painful....apatah lagi melalui suasana kehilangan yg hampir sama,secara tiba2,dikafankan di GH dan disemadikan di Masjid Hashim Yahya...

AL FATIHAH..ALLAHYARHAM MOHD RASOL BIN KADER BACHA..TELAH LAHIR KE DUNIA PADA 14 DISEMBER 1947 DAN TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH PADA 1 MEI 2011, YA ALLAH AMPUNKANLAH DOSA ARUAH, TEMPATKANLAH ARUAH DI KALANGAN PARA MUKIMININ DAN PARA SOLEHIN. HADIAHKANLAH AL FATIHAH DAN JUGA QURAN 30 JUZ KEPADANYA, UNTUK MENJADI PERISAI BAGINYA..SELAMATKANLAH DRIPADA SEKSAA KUBUR DAN API NERAKA. LANCARKAN PERJALANANYA DI TITIAN SIRATUL MUSTAQIM UTK MENUJU KE SYURGAMU YANG ABADI..

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali JasadNYA Untuk Mengulangi,
Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan
Kini Dirasakan
Di alam Barzakh Jasad disemadikan.....

Sunday, 1 May 2011

Sempena Kembalinya Mamuku Tersayang ke Rahmatullah..... (T_T)

Bismillah,
Kun Fayakun, Jadi maka Jadilah!!!

semua org bercuti pada hari ini,semalaman saye xdpt tdo mengenangkan detik 1.5.2004 yg lalu..saat diri ini diijabkabulkan,saat diri ini dimahkotakan darjat teragung seorang lelaki yg menghalalkan sebuah hubungan kelamin...ya...saat bergelar "isteri"...


tetapi hari ini, belumpun pudar kepedihan hati akan sebuah hakikat akan kehilangan suami tercinta pergi menyahut panggilan Illahi, tiba2 hari ini dan tarikh ini juga hati yang satu ini diguris lagi...pa in law yg amat disanjungi,disayangi dan dikasihi pula meninggalkan kami ...



betapa pilunya hati,
betapa rasa nyilu dan pedih silih berganti,
betapa susah, payahnya menerima ketentuan Illahi ini,
betapa kesabaran diri dipertingkatkan utk kekuatan membentengi diri,
betapa keimanan dipasakkan utuh untuk mengharungi musibah dan ujian ini.......


saye terkenang, bagaimana sukarnya seorang isteri bila berdepan dengan musibah kematian suami yg dicintai, rasa pedihnya separuh mati..entah bagaimana perasaan mami nanti sebab sebelum ini mereka tidak pernah berpisah diri...


I know LIFE was never meant to be easy...BUT I never thought it would be this hard (T_T)

Bagaimana pula anak2 saye yg yatim ini,selepas pemergian arwah abang,hanya mamulah iaitu nana;tempat anak2 saye ini menumpang kasih seorang lelaki...entahlah nanti, saye sendiri xtercapai akal utk menelaah penghujungnya nanti....


Semoga roh mamu kesayangan saye dan anak2 saye SNA + SNB ini aman di alam sana, semoga diampunkan segala dosa-dosanya, semoga segala kebaikannya terutamanya dlm sedekah jariah dan amalan kebajikannya akan diganjari oleh Allah swt dengan sebaik-baik ganjaran.


Walaupun ujian kiamat kecil ini amat berat utk dihadapi.... wahai hati,. bersabarlah dengan dugaan dan ujian kerana setiap ketentuan tuhan pasti tersirat hikmah yang tidak mampu ditelah akal cetek seorang insan.


Buat kita semua yang masih menyedut udara kurniaan tuhan… hitunglah diri…
Andai Allah swt tiba-tiba sahaja memanggil kita pergi, apakah bekalan yang dapat dijinjing buat penyelamat diri?


Apakah kita berada dalam redha Allah pada saat itu?
Apakah kita berada dalam redha suami pada malaikat maut mendatangi?
Apakah kita berada dalam redha kedua-dua ibu dan bapa?
Hitunglah diri…

Al Fatihah untuk arwah Mohd Rasol Bin Kadir Bacha.....
11.50am bertarikh 01.05.2011

Saturday, 30 April 2011

Sebab Bulan Mei ini Akan Ada Hari Wanita (*_^)



salam my beautiful readers..


start with this..

Ya Allah, wanita yg menulis dan membaca entry ini adalah seorang wanita dan ibu yg cantik,sabar,kuat dan tabah. Saye amat menyangjunginya, engkau muliakanlah,sayangilah dan berkatilah hidup keluarganya...sihatkan tubuh badannya,limpahkan rezekinya,jauhkan dia drpada fitnah dunia,penganiayaan manusia,penghinaan kata dan kezaliman....Berikan keimanan dan kekuatan kepadanya utk menempuhi hidup yg penuh dugaan ini.Engkau cekalkanlah hatinya dan makbulkanlah cita2nya yg murni...Amin Ya Rabbal Alamin...

saye rasa semua perempuan sukakan benda2 comel..benda2 cute..kan?kan?
pernah tak korangs terfikir..kenapa perempuan termasuk diri korangs sendiri (mereka dan keluarga mereka serta saye jugak) amat sukakan pada benda2 yang cute..comel2?
bagi saye perempuan memang dah secara naturalnya dijadikan tuhan sebagai makhluk yang indah..so sudah pastinya perempuan itu secara semulajadi dan sendirinya sukakan kecantikan dan benda2 cute miut nih kan.. *(pls angguk kepala for yes my statement is TRUE)


bagi saye..benda2 cute ni buat kite happy..buat kita rasa cam muda even mase tu kite dah tue bangka..yea...as what I said environment can influence us..boleh buat kita riang gembira sentiasa kn? So bila kita dikelilingi benda2 cute2, pastu kita pakai baju cute2..acting cute2..korang xrasa ke yang korangs happy? hati korang berbunga2 even korang dalam stress gila..kadang2 korang jugak boleh buat orang lain happy..kan? so positive worth it than ....



kalau muke stress sentiasa,..pastu garang sentiasa..saye rasa orang akan lagik menyampah dengan korangs berbanding dengan peratus orang menyampah dengan korang acting comel2 pasan cool gitu..kan?so why bother bila orang cakap yang kite ni annoying je acting pasan2 kan..kenapa nak bother orang nak cakap kite ni perasan cantiks,pasan cute ke apa..sebab bagi saye..kalau orang itu hatinya suci..die pasti faham..natural seorang perempuan...gadis...emak orang sekalipon..memang sukakan benda2 yang comel2 kan..termasuk mencomelkan diri sendiri..betul x korangs??aper? korangs xsuke?? *(xmolah kawan dgn korangs sambil buat2 muke majuk pasan cute cantiks lagi beb!!)

 
so kenapa perempuan suka benda2 yg cute n comel2?

sebab dah namanya perempuan..:)


kalau ada lelaki xsuka or menyampah dengan perempuan yang sukakan kecantikan....yg gile merepek bile wife or gal depa p jumpe beautican...yg membebel bile wife or gal depa suka barang cute2..xpayah kawin ngan perempuanla..jadik lah kau gay sampai mati..kan..kan.. (*_^)


next?

basically..perempuan yang sukakan sesuatu yang comel dan cute2 ni boleh dikatakan:-
gambar hiasan semata2..nak bagi entry ni ceria sikit okey..
          tengok, 4 "gals sume ader kolor pink,so ada ciri2 wanita kan...

 dia biasanya sukakan warna pink..or warna2 yang lembut2..bagi saye..pink memang sinonim dengan girl sbb bila pakai baju kaler pink je..pasti perempuan tu nampak comel..cute,ayu sket dan nampak die itu PEREMPUAN..

                    suke bear dr mude sampai ke tua, xkisah aper pun bear....last dpt arwah th e real teddy bear I'd ever had..."i miss u lalink" 

Align Center
dia jugak akan suka menda2 comel2..macam bunga..benda2 berbentuk heart,love..butterfly..riben2..anak patung..pastu kalau mak budak tu amat suke bila dpt baby gals, 1 shopping compleks tu dia leh shop utk attire anak die yg gals tu*(saya lah tu nyah,baju2 punya banyak ader yg sampai & kuturunan lg leh pakai)..





dah namanya perempuankan..pastinya mereka jugak suka pergi ketempat2 yang cantik dan comel..macam pantai dan taman bunga?betul x?bagi saye ni naluri perempuan terbesar..iaitu suka ke pantai (sbb pantai indah dan tenang)..pastu suka ke tempat yang ada pokok2 bunga macam taman bunga.(bunga kan cantik)..betul x?


perempuan yang sukakan benda comel2..biasanya dalam hati ada ladang bunga berekar-ekar..penuh dengan kasih sayang dan penyayang..dan biasanya SUKA tengok perempuan (bukan Lesbian tau) dan jugak suka KUCING....

yang ni bagi saye sangat2 biasa..namanya perempuan..memang suka sangat kalau tangkap gambar buat muka macam kanak2 ribena..kalau dalam banyak2 gambar..muka kanak2 ribena dengan tangan buat peace..mulut belok2..xsohih kalau xde kan? betul x?




so all the girls and single mom out there..
just be what u wanna be..
as long as we are happy..
selagi xde orang orang meninggal dunia tengok muka kita..
selagi duit kat dalam bank kita xberkurang..
selagi dan selagi semuanya buat kita happy..
as long as u can make yourself smile and people around u smile..
so lantak peduli apa orang nak cakap tentang your appearance..your so-annoyed cute face.coz your yourself own your life..


p/s: buat muka comel2 sume orang pun sayang kan??


Thanks for reading this my beautiful readers.

Friday, 29 April 2011

Early note : Keep Smiling for this "emosi day"



Forget about the days
when its been cloudy, but

don't forget your hours in the sun

Forget about mistakes
that you can't change now, but

don't forget the lessons
that you've learned

Forget about the times
you've been defeated, but

don't forget the victories you've won

Forget about misfortunes
you encounter, but

don't forget the times your luck has turned

Forget about the days
when you've been lonely, but

don't forget the friendly smiles you've seen

Forget about the plans
that didn't seem
to work out right, but...

Don't forget to  Have A Dream Always Keep Smiling…!!! J

Thursday, 28 April 2011

hati ini menangis, xperlu siapa tahu...


                   In prayer it is better to have a heart without words than words without a heart...By Mahatma GANDHI

As salam kembali,
saye sedih ni..nampak x mata saye yang bengkak tu?? bengkak dan menangis kuar air mate darah lagi..saye sebenarnya seorang yang amat kuat menangis..setiap kali saye rase pedih, setiap kali saye rase sedih..or sakit hati..hanya dengan menangis sahaje dapat pujuk hati saye..kadang2 menangis dlm hati dan kadang2 tu menangis kuar bunyi,kadang2 tu xkuar bunyi..tibe2 je kuar air mate or air hingus.(*_^) aite mallu


                          "omak berpesan: sebelum bakar jambatan, belajar berenang terlebih dahulu....."


bila saye sedih..saye nangis xlamer...dan bila saye sedih dalam kepala saye hanya teringat seseorang....bila ada yang melukakan hati saye..saye teringatkan seseorang itu juge,bila ada yang menyakiti hati saye kepada dia juga saye teringat sebab hadirnya dia suatu ketika dulu xpernah menyakitkan hati saye..dialah penawar kedukaan saye...tapi kini dia sudah tiada di sisi saye. Dan satu2nya penenang saye adalah kekuatan rohani bersandarkan hukum Tuhan....biarpun saye sedih,biarlah tiada siape yang tahu,tak perlu siapa tahu pun kerana ubat dan medicine to cure the sadness is "YOU-yourself...susah nak cari org yang susah tengok kita susah,dunia hari ini cuma senang utk bertemu orang yang xsenang tengok kita senang!!!! jatuh,bangun,jatuh lagi,bangun dan terus bangun lagi...berdiri..saye jatuh balik..semuanya mengajar saye erti tabah.sabar.kuat.


positive pressure in life will change our life future....

frankly speaking..hati saye terlalu banyak disakiti..saye kadang2 sampai xdapat nak menangis sebab terlalu sakit dan pedih perasaan hati .tapi..setiapkali saye terasa sakitnye dalam hati..saye teringat satu2nya kata omak ..
                        semalam adalah sejarah,esok adalah impian,hari ini adalah hadiah.....

omak yang mengandungkan kamu..omak yang melahirkan kamu..omak yang menyusukan kamu pon xpernah nak sakitkan hati kamu..ini orang yang xde kene mengena dengan kamu nak sakitkan hati kamu.kenapa kamu nak menangis?kalau kamu sedih orang sakitkan hati kamu..omak yang lahirkan kamu lagi sedih.kalau kamu menangis sebab orang sakitkan hati kamu..omak yang mengandungkan kamu lagi terasa sakit bila ade orang sakitkan hati anak omak..kenapa kamu nak buat omak sedih dengan orang yang xpernah rasa susah besarkan kamu?dia lahirkan kamu ke? dia susukan kamu ke? dia jugakah yang berjaga malam utk menjaga kamu ketika kamu sakit atau demam malam? kalau kamu kasihankan omak..kamu jgn menangis ya sebab bila kamu nangis..hati omak ni terasa sakit sangat.. (T_T)


                   rich people admire rich people but poor people HATE rich people...?????


sejak tu..seboleh2nya saye xmo menangis lagi .....
so now..bila saye sedih..saye akan fikir omak lagi sedih..jadi saye cuba untuk pujuk diri sendiri..saye cuba hadapi segala2nya dengan senyuman..ya, senyuman melindungi duka but please don't FAKE....make it sincerely....saye tahu..Allah itu maha mendengar..Allah itu maha mengasihani..Allah pasti merencanakan sesuatu yang lebih baik esok sekiranya hari ini saye merasakan:


kesusahan,kepayahan,kepedihan,kemeranaan dan kesakitan hadiah dari mereka2.


 
       Tuhan..janganlah hilangkan lagi orang2 yang saye sayang dari kehidupan saye ini.. (T_T)




P/S: bile saye stress saye suke senyum walaupun nampak cam senget sebelah,whatever janji saye leh cover my sadness (*_^) saye kalau sedih gila babas saye nangis lam toilet and kalu bleh mandi terus....shower beb....then amik air wudu' n solat.....

Monday, 25 April 2011

Omoigod - Tipah tertipu lagi.....???

I would prefer even to fail with honor than to win by cheating..... (*_^)


                                 yes, m single mom with 2 lovely princess, so what? xpenah tipu kan??? 

guys..
back with some tips..hahaha.. tips.. lagi since kita manusia yg bukan hidup di zaman Paleolitik dlm gua but we live with sort of media massa out there....so we must be careful with a lot of tipu daya n pangai PHD manusia....

guys..u all tahu kan since saye dah meningkat umur gitu,dah ditakdirkan berjumpe dgn berjute peringkat lapisan jenis manusia gitu and boleh dikatakan tiada tempat yg xpernah tidak saye pegi...socso,chambering & court,insurance company,GH,KWSP,syarikat perbankan 8 juta jenis so m a bit expert to figure out when someone is lying hehe..(*_^)

 langit xselalunya cerah wlpn ada bisikan ombak yg membadai ttp laluilah dan tempuhilah hidup ini dgn tabah dan berani


lately rasa macam bagi motivasi plak..so since saye bagi tips ni kat korang..so anggap je ni my professional service..so please do bank in RM 100 per person kat my RHB account no 207055500987654..then baru korangs boleh baca sampai bawah.ok?
xbank in korang dosa..kite xhalalkan..*with evil face hahaha..
saya serius okay. :p

mari kite belajar camne nak detect bile kite kene kencing jeng jeng jeng..

-bile dia bercakap die tak kan pandang kite..Generally, if someone is lying they will not look you in the eye, at least during a certain part of the conversation *(tidak terpakai kalau muke korang ugly giler sebijik cam hantu pocong or hantu Kak Limah balik umah tau)
bila hidup ada 2 pilihan,pilihlah jalan yg selamat dan indah...select option A to see the sea blue view rather than option B to see the blue .....      : P

 
-bile die menipu, die memang sebolehnye akan elak untuk pandang mata kite...otak yang menipu dengan mata yang melihat mmg susah nak bekerjasama..kalu kite tengok mata die duk melilau lilau tu..adelah something yang xkena..okay?
*(but then ade jugak si penipu ni try sehabis daya nak tengok mata kite sbb die ta knak kantoi yang die sedang menipu..in that case..xdapat nak tolong la..tu memang watak munafik giler cilako udah sebati dlm diri die..)

-bile bercakap suare die tibe2 berubah..kadang2 die ade bunyi ehem2..tu sebenarnye die tengah rest sekejap sebab nak cari idea nak menipu..kadang2 tone suare die slow..and kadang2 tinggi..*(yelah nak suruh orang yakin yang die cakap betul...dah dasar si penipu..ehem2 pon nak ditipu..)
                                              see,muke merah darah-xsemestinyer menipu erk ?? (*_^)


-bile bercakap badan die nampak gelisah dan die buat mende2 seperti main2 jari..pegang kepala..or apa2 sajalah la..*(in other words, if they act nervous or uncomfortable..it could mean they're telling a lie...kadang2 kalau tibe2 muke die tibe2 berubah pucat ke..merah ke..nah..tu tandanye memang ade yang xkena..(tidak terpakai bile kat depan kita ade orang mati kene bunuh pastu kepala terpotong dua ke aper yg ngeri k)

-bile die tiba2 marah dan beria2 nak pertahankan diri..trust me..kalau orang yang menipu dan berbuat salah..die memang akan jadi berang tibe2 bile kite tanya..bile dia bersungguh2 pertahankan diri die..it usually mean that..die hiding something..so better watch out..

-tukar tajuk cepat2..orang yang menipu..die akan cepat2 tukar tajuk..sebab nanti die takut kantoi..kalau die tibe2 tukar tajuk yang xde relate ngn apa yang dibincangkan..maknanya adalah tu die tipu something..guys remember bile die tibe2 tukar tajuk..bermakna memang dia sedang menipu..silap2 haribulan.. everything, every word yang dia cakap adalah tipu termasuklah perkataan "and" pon nak tipu.


-and last sekali..die tibe2 bertukar jadik giler..macam tibe2 buat lawak bodoh giler ke..sebab dengan buat orang ketawa..dia akan dapat melarikan diri daripada kantoi menipu..

so..be careful ya dear..

               I prefer to survive just the way I am...I never make people wanna commit suicide or what,if still hapen it's beyond my control-sowey beb!!! my appologizes...

 
moral of the story..
kalau nak menipu..pastikan tipu kaw2 jgn bagi sampai kantoi..
kalau nak menipu..please make at least a copy..write or tape it so that..nanti xlupa apa yang ditipu hahaha:)


p/s: lalink (sayang2 sume)..if you going to be two-faced;at least make one of them pretty..at least!!! (*_^)

Sunday, 24 April 2011

buat aper pun kena focus-sebab masa xpernah menunggu kite.....

setiap hari kite adalah manusia yang berbeza...semalam kanak-kanak, hari ini remaja dan esok, hari tua...
dan setiap hari jua langkahan kaki kite melalui hari dan suasana yg berbeza,makanya setiap hari jualah kita akan merasai suatu kehidupan yang pastinya tidak sama dan mungkin amat berlainan dari kebiasaannya, dan itulah jua erti sebuah kehidupan sebenarnya....
            i bet..everybody has its own way to make their life happy and meaningful aite?so do i..

semasa entry ni ditulis saye berada di SMK Saujana Indah NT,PP...tahukah korangs2 sume di manakah terletaknya sekolah ini? sekolah ini sebenarnya terletak berhadapan dgn MRSM Trans Krian Nibong Tebal..alamatnyer..erk erk...carik sendiri...hek2 saye kurang yajin nak search...so korangs sume yg tahu pls help me to describe k...appreciate that very much :)...*(jgn mare erks) sbb berada di sekolah makanya tulisan pun sungguh amat skima dan mengikut protokol2 tertentu piagam sekolah lah...heheh betul ke? rase2nyer lah..BTW, in short saye dan semua family2 members in law di sini kerana just support my love sis in law Rosnita or great teacher ..sempena "HARI KANTIN SEKOLAH"


             bergambor kat Fire engine specialize for exhibition...


tibe2 jeh bila nekad melangkah kaki ke sekolah rase2 status mak budak bertukar menjadi alam budak sekolah, ha2...betape saye sungguh menjiwai watak murid sekolah ye..terkenang kembali Sek Men Tun Saban, oh sekolahku biarpun hujung di pendalaman sempadan sane but...jasa2 cikgu mendidik saye sehingga menjadi siape saye arini amat saye sanjungi,xterbalas jasa cikgu2 semua mendidik saye...oppsss, forget about the past,lets layan the current and future....SNA & SNB...

jgn harus percaye i dpt 1st prize tau,hadiah penginapan 2days 1 nite to Hotel 5 star...aite

macam2 ragam orang yg saye temui on that day..macam2 pesen yang ade.,.ade yg suke main,ader yg suke jerit,ader yg suke gosipping,ader yg suke skima baca buku,ader yg suke makan(saye la tuh,makan duduk,jln ke gerai n beli makanan,duduk,makan lagi,xpuas hati ,makan lagi......ade suke main2..ada macam2..macam saya ni...korang tahu kan..addict ngn makanan..kat mana2 pon..i never have prob nak makan..kalau orgs lain tu tensen xmakan setahun,saye tensen sehari makan seperiuk :(
myself with my BIRAS.....from Banting with LOVE...she is so lovely girl...BTW, see dah 2 poliform dah saye makan...xcukup lagi weh...


cakap pasal kegemaran dan keinginan..korangs perasan x..kalau korangs sukakan sesuatu tu..korangs xkesah apa pon halangan..apapon tempat dimana dan dengan siapa..korangs pasti nk lakukan jugak apa yang korangs suka...so just enjoy the things that u wanna do..as long as u happy aite?
                              my dear daling little princesss masuk pertandingan colouring NEMO...

again on the same issue..saye tahu semua orang ada pendapat masing2..ada cara masing2..yang bagi kita okey..tapi bagi sesetengah orang x okey..
bagi saye..selagi kita xsakitkan hati orang lain..selagi kita xbuat orang yang dengar or nampak apa yang kita buat tu mati atau bunuh diri, selagi menda tu bukan suatu dosa or yg dilaknat Tuhan..so just do it..persetan dengan mulut2 yang sentiasa xpuas hati dengan kita..mulut org xleh tutup kan so "annoyed" n deaf jeh.Kalaulah pokok2,dindings2,tayar2 beskal n kete kite leh cakap sure depa gitau kite betapa dah bape kali diorangs pengsan akan bau mulut busyuks manusia2 yg bermulut jahat tu kan...baik di depan kite but jahat sungguh di bakang kite kan... (*_*)

sodang memotong takua mengikut skima n "angle" side tertentu-scared of BIAS beb!!


kadet sekolah,tumpang glam...he2 he2

pokok pangkalnya..confident!


jika kita yakin dengan apa yang kita buat..kekurangan itu sendirinya akan hilang dan kenapa ada orang selalu iri hati dengan kita??
sebab..kita ada keyakinan yang mereka x ada..walaupon kita tahu kita banyak kekurangan..so? just stand with the things that u find it's right to do.....

       abang tu dah standby nak amik pics saye, see he is holding DC (*_^)
see, masih xpuas kenyang...still ushar my BIRAS nyer food,buruk lantak betul ngko ni ye Ckin

                          lastly, m heppi with who I am,not what people telling me I supposed to be whom....  

and for u Muna..K, thanks you for ur "shit" given to me, I appreciate it... I can use that "shit" for my abang nya baja tumbuhan (*_^)
   
don't I will get down by ur words? no...I will bounce back, higher n higher....so u keep up make me down okhai....