Monday 6 June 2011

Bukankah Kita Semua Bersaudara

As salam mammals,


Still down but with big smile to the worlds to cover everything, yes everything including dlm ladies pun smile aite... :b
Gosh, what a cloudy day but today with a big smile, I wake up and ya...dgn jiwa yg masih karat walaupun cuba dibersihkan semalam ...terus membawa anak2 mandi di swimming pool,the only way to reduce pain as ujan xturun,camne nak makan ice cream bawah ujan kan,so mandila ngko dlm hujan tipu,di tepian pool AV itu..malamnye bawak diorang makan2 n bergambar...


SNA celebrate besday di PB on 4th June 2011.

Sejenak, terimbau lebih 1400 tahun yang lalu, terkenang kepada perjuangan baginda Rasulullah s.a.w. yang tiada putus ujian dan dugaan yang diberikan kepada baginda. Hairannya, Allah s.w.t. secara jelas memaklumkan tentang kasih-Nya kepada baginda, namun, kekasih-Nya itu dibiarkan hidup penuh ranjau dan duri. Diancam bunuh, dibaling dengan batu, kelaparan, hidup dalam bilik yang kecil, berdepan dengan pedang musyrikin… semua itu adalah rencam kehidupan seorang kekasih Tuhan!


Dalam kehidupan yang nyawanya seperti telur di hujung tanduk, seorang sahabat baginda pernah menyarankan supaya baginda mendoakan keburukan untuk orang musyrikin. Namun, apa jawab baginda?


Sesungguhnya aku tidak diutuskan untuk melaknat (orang lain). Aku hanya diutuskan sebagai rahmat” (Riwayat Muslim)."


Allah akbar!


Bilakah kali terakhir kita tidak mencerca rakan muslimin kita? Bilakah kali terakhir kita tidak menghina bos kita? Bilakah kali terakhir kita memalu dan mencabar maruah ahli keluarga kita?Bilakah kali terakhir kita tidak mengutuk ahli keluarga kita?


Oh! Sudah tentu masih boleh diingati, kerana baru je sekejap tadi kita mengata mereka!!!!!


Astaghfirullah al-’azim…





Rasulullah s.a.w. diuji dengan ujian yang jauh lebih berat dari kita, namun baginda sama sekali tidak mahu mendoakan sesuatu yang buruk kepada mereka. Malah baginda tetap mengharapkan agar hidayah Allah s.w.t. akan dilimpahkan kepada mereka.
Islam adalah agama rahmat. Agama yang penuh kasih sayang. Agama yang mengajak kepada keharmonian. Agama yang penuh tolak ansur. Agama yang mementingkan pembentukan maslahat dalam syariat.


Islam bukan hanya semata-mata solat dan puasa. Islam lebih dari itu. Islam ialah syariat yang terindah.



Indahnya persaudaraan di dalam Islam, seharusnya seperti mencubit paha kanan,paha kiri turut terasa....


Kalaupun kita tak dapat menolong, janganlah menyusahkan orang itu,


Kalaupun kita tak dapat membantu, berdoalah dr jauh,dr sudut hati kita yang paling dalam


Kalaupun kita tak dapat memuji, janganlah menghina, melabel dan mensialkan orang itu



Kalaupun kita tak dapat menitiskan airmata di atas penderitaan dan kesusahan orang lain jgnlah kita mempamerkan tawa gembira suka pada tika itu, berdiamlah,itu yg terbaik


Kerana, selalulah ingat akan Allah S.W.T dan kekasihNya ...junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W......