Thursday 28 July 2011

Cuma tinggal 3 Hari jew lagi....

untuk renungan dan peringatan....
3 hari sahaja lagi!



Ah…. terasa seperti mental & fizikal masih belum bersedia menghadapinya. Namun, persediaan meraikan Syawal sudah pun direncanakan.... iyekah? ada la sikit.... Dari tempah baju, tempah kuih, tambah barang2 electrik hinggalah mengintai-intai promosi jualan perabot, semuanya sudah dilakukan.??? 

Celakakah jika ini jalannya ya Allah? Oh Allah, jauhkanlah kami dari kemurkaan-Mu. Sebaliknya, bimbinglah kami ke arah redha-Mu.

3 hari sahaja lagi! Ah…. terasa begitu ni’matnya jika dapat menikmati juadah enak-enak di kala berbuka. Air cendol, ayam percik dan murtabak… semuanya boleh petik jari dan bayar sahaja. Namun, juadah untuk jiwa hanyalah penderaan lapar dan dahaga semata-mata. Oh Allah, ampunilah kami kerana terleka dengan ni’matnya ni’mat’Mu hingga terlupa bahawa lapar dahaga juga adalah ni’mat buat mendidik jiwa, bukannya penderaan sebagai pra syarat untuk menang anugerah pingat berbuka.

3 hari sahaja lagi! Ah…. hati jadi tidak keruan. Antara jihad dan lelah. Antara mahu jadi pejuang atau terbaring menanti kumandang azan. Antara jadi muslimah perkasa atau berdalih atas nama tiada daya.
Ampunilah kami ya Allah. Tiadalah daya untuk kami bertamu di Ramadan-Mu melainkan segalanya dengan bantuan-Mu.

Hari Jumaat tiba2 dipaut rasa kesedaran dan keinsafan.....

Welcome marvelous month: Ramadhan al-Mubarak