Thursday 21 July 2011

You'll be missed....& Sentiasa Ikhlas pada semuanya...

Assalammualaikum...

Just came back from a visiting trip to Jeniang/Sik Kedah...melawat arwah Mohd Nazri...Al-Fatihah utk arwah dan takziah utk ahli keluarga....
Walaupun "period" tu agak critical, masih sakit n baru je lepas buat blood test kat GMC but tetiba je rase hati ini digamit utk pergi bertemu keluarga arwah apatah lagi bila mendapat tahu arwah pergi meninggalkan balu yg tengah sarat mengandung...Ya ALLAH berikanlah kekuatan kpd balu arwah dan keluarga arwah utk menempuh ujian mu ini .... (T_T)


entry mix with 2 topics, kematian dan keikhlasan....
hem, walaupun xsebanyak mana yg dpt diberi dr segi financial n morale support but ikhlaskan diri semasa memberi...

kalau nak bagi sesuatu dekat orang..pastikan bagi dengan ikhlas even hanya sekeping roti..sebab apabila kita memberi sesuatu dengan ikhlas..orang yang menerima itu pasti akan merasainya..

tentang ikhlas ni kadang2 kite selalu pandang remeh..kita bagi sesuatu kat orang lain so kita harap orang itu akan menghargai kita..padahal kite bagi tak ikhlas mana pon.bila orang tu tak menghargai kita and apa yang kita lakukan..kita terus rasa kecik hati..

ingat..sesuatu yang ikhlas pasti akan masuk kedalam hati orang yang menerimanya..bukan setakat pemberian barang2, nasihat, teguran dan kasih sayang pon harus diberi dengan ikhlas..ikhlas yang sebetul2 ikhlas..



kadang2 bila kita tolong kawan kita..pastu kawan kita take for granted je. and kite terus ungkit2..marah2 dan sakit hati..
tapi pernahkah kite terfikir..
padanlah die tak menghargai kite kerana kite sendiri tidak ikhlas melakukan nya..


Usah terlalu menyanjung kelebihanku,bimbang kau tak mampu menanggung kekuranganku.
Usah terlalu berbangga akan keupayaanku,bimbang kau akan kecewa dgn kelemahanku.
Usah terlalu memuji segala kebaikanku,bimbang kau akan teruji dgn kejahatanku.
Usah terlalu berharap akan diriku,bimbang nanti yg kau impikan,tidak seperti yg kau mahu...........

sama jugak dengan pujian..kadang2 orang tu memuji kite berjela jela..tapi kita bleh rasa die xikhlas puji kita..kadang2 orang tu puji kite dengan satu ayat je..tapi masuk dalam2 dlm hati kita..


JIKA ENGKAU BERBUAT BAKTI KEPADANYA, IA AKAN MELINDUNGINYA.
JIKA ENGKAU RAPATKAN PERSAHABATAN DENGANNYA, IA AKAN MEMBALAS PERSAHABATANMU.JIKA ENGKAU MENGHULURKAN KEBAIKAN, IA AKAN MENERIMA DENGAN BAIK.
JIKA ENGKAU MEMERLUKAN PERTOLONGAN DARIPADA DIA AKAN MEMBANTUMU.
JIKA ENGKAU MEMBERI SESUATU BANTUAN, IA MENGHARGAI DAN MENYEBUT KEBAIKANMU......*(BUKAN MEMBURUK2KANMU)
JIKA ADA YANG TIDAK BAIK PADA DIRIMU, IA AKAN MENUTUPNYA


kadang2 entry dlm blog ni saye tulis dengan ikhlas..ada ketika saye menulis tentang hidup sampaikan air mata saye berjujuran..betapa saye ikhlas mahu berkongsi...kalau2 ade entry yang masuk kat dalam hati korang tu..tu tandanya saye menulis ketika hati sgt2 ikhlas..
and kalau tak masuk kat dalam hati korang tu..tu tandanya ketika itu saye menulis hanya sekadar nak update entry..simple as that..


sebab tu saye nak cakap..ikhlas tu sangat penting..bukan pada kata2..ikhlas pada hati..buat sesuatu dengan ikhlas even orang xtahu..sebab orang yang menerima dengan ikhlas akan dapat merasakannya..


suka saye nak share disini apabila kite sendiri ikhlas bersahabat dengan seseorang..ikhlas memberi dan menyayangi seseorang..pasti orang yang menerima itu dapat merasainya dan menghargai kita..


p/s: jika sesiapa ikhlas dengan saye..ikhlas menegur..ikhlas berkawan mahupun ikhlas menyayangi saye..orang itu pasti akan mendapat kasih sayang saye yang paling dalam..orang itu pasti akan sentiasa berada dalam doa saye..:)



nah layan lagu ni ...amik yg baik saja tau.... (^_^)
becoz sometimes manusia itu sangat pelik...kita menghulur bantuan kerana kemanusiaan tapi keikhlasan kita itu seringkali disalaherti malah diburukkan kita dengan segala benda....huih....xmo xmo xsuke xsuke

Ikhlasnya hati
Sering kali disalah erti
Tulusnya budi
Tidak pernah engkau hargai
Berlalu pergi dengan
Kelukaan ini
Kumengalah... ku bersabar


http://www.lyricsreg.com/lyrics/exist/Alasanmu/