Thursday 12 December 2013

Siapa sebenarnya yang lebih "CERDIK"


Salam my dear friends & followers & readers,
as promised..m back...hope ada manfaatnya by reading my ugly,dirty and this messy blog (*_^) forgive me if take sometimes to digest and lob back all the words....


RENUNGAN DIHARI JUMAAT :
Share u with this:



Suatu hari di pekan kecil, si tukang gunting aka barber melihat kanak-kanak kecil berumur 10 tahun sedang bermain-main didepan kedainya. Ketika itu ada seorang lelaki sedang menunggu giliran untuk gunting rambut.

Dia memberi tahu pelanggannya bahawa budak kecil itu amat bodoh d. Lalu si barber tadi memanggil anak kecil tadi,mengeluarkan wang kertas RM10 dan RM20, dan berkata "Kamu boleh pilih & ambil salah satu wang ini, ambillah!"

Anak kecil tadi dengan cepat mengambil wang kertas RM10 dan terus berlari keluar.

Tukang gunting aka barber tadi tersenyum dengan gelagat si kecil tadi menandakan dia menang dan senang dengan kejayaan membuktikan bahawa budak itu bodoh…

Setelah selesai, pelanggan lelaki tadi masih keliru dengan perbuatan budak itu, lalu dia menghampiri anak kecil tadi dan bertanya mengapa dia memilih wang kertas RM10 dan bukannya RM20, kerana nilainya lebih besar.

Anak kecil tadi ketawa kecil dan berkata, ", Kalau
saya ambil RM20, bermakna permainan pak cik tukang gunting tadi telah selesai dan saya tidak akan dapat lagi RM10 setiap hari!"

Wah, hebat anak kecil ini. Ramai dari kita yang ‘merasa’ lebih pintar dibandingkan orang lain, sehingga mereka sering memandang sepi kebolehan orang lain. Manusia suka memandang tinggi perkara-perkara yang zahirnya cantik, elok pada pandangan mata kasar sedangkan pandangan secara lahiriah dan holistik ke atas sesuatu perkara jarang digunakan. Sama-sama kita ubah persepsi ini ya! Mari audit dan ubah (*_^)


KEMENANGAN BELUM TENTU RAHMAT


KEKALAHAN BELUM TENTU AZAB….