Friday 8 July 2011

uwargh.....saye dah xsanggup hidup.....

tiba2 dlm kepedihan hari ini teringat peristiwa beberapa bulan yg lalu....

eh, ko nak buat apa ni Wati? ape ko ingat kisah hidup ko berakhir dengan cara begini? pantang saye bila melihat ada org yg sesuka hati dia ja nak menganiayai diri sendiri..selama ni pernah baca dan lihat saja melalui media massa tapi ini pula berlaku di depan mata...uish...bimbang juga jiwa ini tapi demi kerana masa....

                                           Di Taman Desa Relau 2


Saya dah tak sanggup hidup,” jelas Wati. Suaranya berselang-seli esak hiba.
“Kalau macam tu, kenapa tak teruskan je? Teruskan je lah niat ngko tu!” Suara saya makin meninggi.
“Teruskan je niat kau tu!” tekanan demi tekanan saya berikan.

Saya tak takut kerana pisau itu telah pun saya ambil! Saya rasa perlu untuk menasihat Wati dengan memberi tekanan sementelah nasihat lembut berhemah tidak dapat mengubat kesedihannya.

Tangisan Wati semakin kuat. Akhirnya saya merendahkan suara. Saya sedarkan dia bahawa dia masih mampu untuk membuat pertimbangan yang wajar. Masih ingat pada mak. Masih ingat pada ayah. Masih ingat pada diri sendiri. Masih ingat pada Allah tuhan yang memiliki diri itu.
Wati hanya ditinggalkan kekasih. Ada banyak perkara lain yang perlu menjadi keutamaan. Untuk apa ditangisi seorang lelaki yang tidak setia, yang sanggup meninggalkan dia… Biarkan sahaja dia pergi. Pasti ada hikmahnya. Apa yang jelas, dia bukanlah lelaki terbaik untuk Wati.



“Wati, pandang mata saya,” pinta saya.
Wati terus tunduk. Tangisan sudah tidak kedengaran.
“Pandang mata saya, Wati.” Saya terus mengarah.
Saya angkat dagu Wati. Dia tetap enggan melihat mata saya.
“Pandang mata saya” Saya terus meminta.
Perlahan-lahan Wati membuka matanya. Merah dan sembab.
“Wati nampak tak anak-anak kat bawah tu. Kecil-kecil lagi. Wati tahu tak yang diorang tu anak yatim.” akhirnya apa yang saya tak suka sebut mula meniti bibir. Saya kawal perasaan.


Wati, awak cuma hilang kekasih. Itu adalah ujian Allah. Tapi, ujian tu tak setanding dengan ujian yang Allah berikan pada orang lain. Setiap kali kita diberikan ujian, kena ingat bahawa ujian kat atas orang lain lebih berat lagi. Kita kena sabar… Sabar banyak-banyak…”Dalam fikiran saya ketika itu hanya teringat Ust Rumaizah di Bukit Merah...beranak 4 yg yatim semuanya setelah kematian suami di Gerik Perak, dia hanya menyara anak2nya dgn mejual kuih)

http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/2010_08_01_archive.html

Saya terus merenung mata Wati. Beban di bahu dan beban di hati saya hanya Allah yang tahu.

“Wati hilang kekasih, tapi Wati masih ada emak ayah. Wati tahu tak, suami saya meninggal masa anak-anak  masih kecil. Masih mahu didokong, dimandi, disuap. Saya kena lalui semuanya seorang diri sebab emak ayah serta ibu bapa mertua jauh dikampung. Wati hanya hilang kekasih. Saya hilang kawan,kekasih,suami, tempat bergantung dan ayah kepada anak-anak itu.

Tapi, saya kena kuat. Apa yang Allah tentukan untuk saya tak seberat dugaan yang Allah berikan pada orang lain.” air mata mula bergenang di kelopak mata saya. Saya menarik nafas panjang-panjang. Semangat dikumpul kembali.Saya mesti kuat!

Lebih sejam saya cuba memberi nasihat dan motivasi. Sebelum saya meninggalkan Wati sendirian di biliknya, saya berikan selawat syifa kepada dia. Saya ajarkan kepadanya. Saya minta dia ulang baca berkali-kali. Selepas melihat keadaannya agak tenang, barulah saya berani melangkah keluar meninggalkan bilik tersebut.

Semoga sabar dan tabah.

Wati, usah jadikan pengalaman hidup saya sebagai panduan hidup. Ia sekadar perkogsian pengalaman. Tapi, ambillah Allah, al-Quran dan sunnah sebagai pegangan. Kalau bukan kerana Allah, al-Quran dan sunnah, saya juga pasti telah lama kecundag.

Teman penguat semangat saya ialah janji Allah s.w.t. “Maka sesungguhnya pada kesusahan akan ada kesenangan” dan juga “Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah maka Allah akan berikan untuknya jalan keluar (yang baik), dan diberikan kepadanya rezeki dari sesuatu yang tidak disangka-sangka, dan sesiapa yang bertawakal (berserah) kepada Allah maka cukuplah baginya….(hingga akhir hayat)”



abang, walaupun seketika bersama tetapi abanglah yg meningkat darjat diri perempuan ini....mengubah status dan title kehidupan ini....
dari bujang menjadi isteri abang,dan ibu kepada zuriat-zuriat ini.... (T_T) dan...