Wednesday 25 January 2012

TUHAN itu ada....tarbiah jiwa....untuk mereka yg punya rasa





Jln-Jln Masuk Kg: Tuhan Itu Ada -" tangan gatal untuk copy and paste"



Alhamdulillah, expedisi amal JJMK (Jln-Jln Masuk Kg) NGO Wargakilang di Pantai Timur selamat berjalan lancar pada hari sebelum cuti Raya Cina 22 Jan 2012. Kesemua sekali ada 25 keluarga yg kami kunjungi.

Terima kasih diucapkan kepada mereka ini yang rata-ratanya tidak kami kenali, yg turut serta setelah membaca artikel mengenai kemiskinan di Kemaman yg tersiar di berbagai website, mailing list, blog dan juga facebook. Terima kasih diucapkan kpd para admin/webmaster yg berkenaan, insyaallah tempias pahala daripada kerja amal ini sampai jua kepada kalian semua.

Terima kasih juga kpd kawan-kawan dari Utara dan juga KL yg turun membawa brg2 sumbangan masing-masing, dan jutaan terima kasih kpd rakan-rakan dari Pantai Timur khususnya bekas pelajar lama SMC (Sek Men Chukai) dan juga SIS (Sek Men Sultan Ismail) di atas kerjasama yg diberikan.
(STORM sarat dgn brg2 makanan sumbangan seorang individu dari Utara)

(TRITON mampat tayar dengan beras 10kg disusun rapat-rapat)

(Longgokan brg2 sumbangan org ramai yg hadir di Masjid Geliga, Chukai diagihkan kpd 25 bahagian)
(Antara rumah Nelayan yg kami singgah – 11 orang mendiami rumah sesempit ini)

Bro ini bersama isteri dan anak2nya tinggal di rumah atas air. Ikut katanya, beliau adalah NELAYAN TULEN, dibesar dan dilahirkan di sini, Nelayan sedari kecil. Tanpa tanah dan tanpa rumah sendiri, hanya menumpang rumah pelantar ini dengan ehsan Tauke Cina.Apabila melihat sahabat ini, saya teringatkan Prof Ungku Aziz – waktu Pak Ungku datang buat survey mengenai kemiskinan di Kemaman tahun 1960an dulu, saya rasa brother ini tak ada lagi. Makna kata, beliau adalah generasi terkemudian kpd generasi yg pernah dibuat kajian oleh Pak Ungku dulu; sama sahaja seperti hasil kajian Pak Ungku itu, sehingga ke hari ini makan minum mereka sehari2 terus bergantung kpd laut. Kadang-kadang ada kadang-kadang tiada. Bila saya tanya apa jadi bila tiada, dia cakap terpaksalah pinjam kat SAING-SAING (bahasa Tganu: kwn2), bila ada hasil nanti bayar semula.

Begitulah kehidupan mereka, terus-terusan hidup dalam orbit kemiskinan yang terus berputar segar di bumi Kemaman yg bertuah ini. Teringat saya kpd kata-kata Nik Mardihah (pelajar terbaik SPM 2008) dlm radio IKIM malam tadi, satu-satu cara untuk keluar dari orbit ini ialah melalui PENDIDIKAN. Kami merasakan kata-kata adik Nik Mardihah itu ada benarnya juga; jika tidak dilemma kemiskinan ini akan terus menghantui generasi yg akan datang seperti dalam gambar di bawah ini.


Pakcik Tua ini sudah rabun matanya, tidak mampu lagi turun ke laut. Anaknya pula, kerana kemiskinan hanya mampu belajar setakat darjah-6, kalau bersekolah sepatutnya sekarang sudah di form 4 atau pun form 5. Tanpa pendidikan yg sempurna, anaknya ini akan terus hanyut berada di orbit kemiskinan yg sama untuk sekurang-kurangnya satu lagi generasi yg mendatang.

Ini pula adalah wajah keluarga Nelayan yang dalam tulisan saya sebelum ini (Kemiskinan di Kemaman) ada saya ceritakan kisah sahabat kami disergah bila datang buat survey, Abang dlm gambar inilah yang cakap kat dia kata kalau setakat nak datang survey tak payahlah, sebelum ini pun sudah berpuluh orang datang survey minta maklumat macam-macam tapi apa pun tak ada. Alhamdulillah, kami memang betul datang dan tidak memberikan harapan kosong buat mereka. Moga sedikit sumbangan barang-barang keperluan harian ini mampu membantu mereka menempuh saki baki hari yg ada sementara musim tengkujuh akan reda.

Ini pula lain kisahnya.
Kakak ini rumahnya betul2 mengadap laut, singgah sebentar di pelantar rumahnya ini bagaikan tak ingin nak pulang. Belaian angin laut memang tangkap syahdu habis. Kalau buat resort, harga untuk bermalam di lokasi yg sebegini mau mencecah RM250 semalam, tapi untuk keluarga ini, hidup mereka derita sekali.

Dengan suami yg tak mampu kerja kerana prolong illness (sakit lelah berpanjangan) dan anak2 yg bersekolah yg perlu disara, apalah sangat yg mampu dilakukan oleh kakak ini, yang pendapatan hariannya cuma mengambil upah membakar kuih bahulu – RM13 sehari. Itu pun kalau ada bahulu yg perlu dibakar, kalau stok masih banyak (bahulu kurang laku) maka tak adalah kerja dan tak ada upahlah untuk hari itu. Kalau putus bekalan terpaksalah pinjam dari kawan-kawan. Peritnya hidup mereka.

Sebetulnya, saya tak tau nak tulih apa dah mengenai expedisi amal kali ini, sebab jari jemari saya seolah-olah sudah jadi kaku; saya sungguh terkedu bila melihat suasana kemiskinan yg agak parah di sini. Bila ada sahabat sms/call, saya tak tau nak kata apa, saya jawab:

“Aku dah masuk merata kampung dah, merata negeri dah pi bantu org miskin ini, hari itu muka aku pun ada keluar BERSAMAmu bawa krew TV3 pi rumah org miskin kat Kedah, tapi di Kemaman ini kemiskinannya lain sikit, aku rasa miskin depa ni memang betul-betul melayakkan depa untuk dapat beras FIDYAH”

Seperti yg saya tulis sebelum ini, bagi kebanyakan keluarga ini, BERAS adalah bernilai EMAS buat mereka.

Apa tidaknya, ada sorang kakak itu (Ibu Tunggal) bila dapat sumbangan beberapa kampit beras 10kg yg kami bawa itu, terus dia cakap:

“ALHAMDULILLAH, HARI INI DAPAT LAH MAKAN NASI!!”



Bila kami longgokkan brg2 lain sampai bertimbun-timbun kat pelantar rumah dia, kakak ini tak habis-habis mengucapkan TIMA KASIH TIMA KASIH berulang-ulang kali; dia tak tau nak kata apa sampai merah mata dia bergenang dgn air mata, menangis tanda berterima kasih bersyukur tak terkira.

Tanpa ditanya, kakak ini terus mengadu kat kami, dia kata dia ada 5 orang anak-anak yg masih bersekolah yg perlu disara. Tiap-tiap pagi bila bangun tidur, dia kena fikir macam mana nak dapatkan RM15 untuk hari itu supaya anak-anaknya ada makanan untuk dimakan. Kadang2 dia amik upah siang ikan keropok (60 sen sekilo isi ikan), kdg2 ambik upah kemas rumah orang dan apa saja pekerjaan halal untuk dapat RM15 itu.

Dia juga cerita, tahun ini rasa lega sikit sebab anak bongsu dia dah mencecah usia 4 tahun, sudah boleh dihantar ke TADIKA – bukan dgn tujuan nak belajar sangat, tapi beberapa jam tatkala anaknya di TADIKA itu mampu memberi sedikit ruang untuk beliau keluar jauh sikit untuk mencari seringgit dua untuk makan minum anak-anaknya, kerana sebelum ini agak terhad disebabkan beliau terpaksa menjaga anak bongsunya ini. Begitulah peritnya beliau mencari rezeki.

Expedisi amal kami ini secara rasminya berakhir lebih kurang jam 2 petang.

Lebih kurang jam 4, sorang sahabat rasa tak puas hati dan ajak saya kembali ke rumah kakak ini; dia rasa tersentuh sangat dgn nasib keluarga ini dan bagi sumbangan tambahan.

Petang itu kami ke rumah ini lagi; waktu tu jiran-jiran sekeliling penuh mengerumuni rumah beliau, depa pun terkejut tak pernah tengok gamaknya org pi bagi sumbangan barangan makanan berlonggok banyak macam tu sekali – jadi macam kedai runcitlah pulak.
Bila saya habag kat kakak ini kata kami nak bagi sumbangan tambahan, dia lagi terkejut, dia kata tak payahlah tak payahlah – yang dok ada ini pun dah banyak sangat dah.

Terus saya tanya dia, saya kata dah banyak kali dah kami masuk bagi bantuan ke kampung-kampung tapi belum pernah terjadi ada orang minta saya pi bagi bantuan ke rumah yg sama untuk kali ke-2 pada hari yg sama, saya kata ini mesti ada benda yg kakak minta dan berdoa kat Tuhan, dan di atas berkat DOA dan SABAR kakak tu, hari ini Tuhan makbulkan.

Dengan nada merendah diri kakak ini cakap:

“Hmm,nok ghoyyat pun malu (nak cakap pun segan), memang betul pun, dalam seminggu ini, 3 empat hari kebelakangan ini boleh dikatakan tiap-tiap malam saya menangis mengadu nasib kat Tuhan”

Kerana itu barangkali beliau terus jadi tergamam, terkedu dan rasa sebak terharu; mungkin dia sendiri tak sangka di atas tangisan ikhlas beliau itu, hari ini entah dari mana-mana tanpa angin tanpa ribut tiba-tiba berbungkus-bungkus brg-brg makanan dan bertimbun-timbun beras “jatuh mai dari langit” berlonggok kat pelantar rumah dia tu.

Bila beliau dok ulang sebut terima kasih terima kasih yg tak terhingga itu, saya kata kat dia:

“Kak, ini menunjukkan satu benda ja – ini membuktikan bahawa TUHAN itu ADA!!”

Sekian, moga sedikit catatan kisah-kisah JJMK (Jln-Jln Masuk Kg) kami ini ada faedah dan mampu menjadi iktibar untuk kita semua.

Ada masa, jomlah join kami di expedisi JJMK yang akan datang.
moniermatdin@yahoo.com
http://www.moniermatdin.blogspot.com

Tuesday 24 January 2012

Stay Strong Enough Ya!!!

Sunyi, sepi, empty se-emptynya dalam hidup…
Pedih, perit luka yang maha sulit untuk sembuh…





Salam readers,
Kadang-kadang kita rasa macam kita saje yang lalui semua benda ni.Perjalanan penuh onak dan berliku2… Perjalanan hidup orang lain semuanya mudah dan senang…gembira dan bahagia…
Tapi kita lupa, setiap manusia ada bahagian masing-masing. Ujian dari Allah tanda Dia sayangkan kita.Jangan kita terus alpa mengikut arus duka sebab Allah nak kita kuat, supaya kita boleh hadapi semua dengan hanya berharap pada Dia…

pernah org praise and asking me ..camne nak jadi kuat..camne nak jadi kalis and lali??? camne nak jadi sorang yang bersemangat kental dan bisa menepis semua?
really..i dont have a great story but pengalaman hidup benar2 membuat saye menjadi keras seperti batu..
benar2 membuat saye jadi kuat and teguh..

pernah saye gagal mendapat apa yang saye nak..dan kegagalan itu menjadikan saye seorang yang malas berusaha..ignorant.
pernah saye merasakan hidup ini tidak adil…

kenapa saye hanya mendapat kasih sayang yang hanya seketika
kenapa soal kekeluargaan tidak pernah sempurna dalam hidup saye
kenapa saye tidak dilahirkan di dalam keluarga seperti itu..
kenapa saye tiada kemewahan seperti itu..
kenapa bila saye buat perkara yang betul tetap nampak salah pada seseorang itu.
kenapa bila saye dalm keadaan yang maha susah orang2 di sekeliling saye hanya meminggirkan saye
kenapa ada yang membenci saye tanpa sebab yang kukuh..
kenapa saye terkemudian sedangkan orang kedepan.
kenapa disaat saye mahu mencipta kejayaan orang mengingatkan sejarah2 lampau saye..
kenapa and kenapa tu semua suatu masa dahulu pernah menjadikan saye makin lemah..lemah dan hilang keyakinan..

saye muhasabah diri balik..all that bad things that i had before..make me strong enough..and how i come out a better person bcoz of it..
baru saye sedar yang hidup tak akan cool kalau kita tak pernah menangis;
so menangislah sampai bengkak mata macam kena sengat lebah then lepas nangis..
boleh lap airmata and let those things go!!!..yeah..

pernah saye rasa tak mampu..langsung tak boleh fikir boleh menghadapi sesuatu itu..macam mustahil..
tapi saye berjaya jugak harungi the darkest days of my life..YA Allah kadang2 saye tak percaya..saye mampu buat?
It means…don’t ever2 let the negative be toxin in your thinking, in your life;all the negative thing will make u weak n worst…u must fight for it, u must bounce back
U must know that ” MANUSIA TIADA BERSAMA KAU TAKPE, ALLAH ADA!!!

dan how to fight our weakness???

i was thinking about my love one…my beautiful princess, they both adalah amanah serta tanggung jawab saye and they both berhak on me....
di saat semua orang mungkin pergi dari saye..tapi satu2nya yang akan stay adalah my family!!!
so i do this for them!!! i had to remind myself even how bad i am and how bad people treat me..i have to be tough…and laugh J

i stop comparing myself.Saye butakan mata.pekakkan telinga..keraskan hati macam batu..dan saye berjalan diatasnya..
selagi kita peduli apa orang kata..selagi saye rasa saye ni lemah..bodoh..bebal..gagal..sial..
selagi itu ianya tak kan membawa saye kemana mana…
saye berhenti dari membandingkan diri saye ngn orang yang lebih sempurna dari saye…
saye sentiasa memerhati dan menyedari ada orang yang lebih dasyat diuji hidup mereka …
maka dari situ saye bersyukur dan hidup lebih berbahagia…
seburuk buruk saye..inilah saye..saye terima lemah saye..saye bersyukur dengan lebih saye.bcoz today..i accept who i am as enough..i accept how i was made uniquely and
all of the experiences i've had that have made who i am today..

and again..saye tahu..akan ade yang bersorak di saat melihat saye jatuh..and ade yang gembira melihat saye bangun..and again today..i know exactly siapa kawan yang baik and sejati.
i know exactly siapa musuh dalam selimut..siapa manusia yang menikam saye dari belakang..i know exactly siapa manusia yang spread the rumours ke sana kemari....i know excatly even saye
buat2 tak peduli and buat tak tahu… J
but i know who you are dear…J but i dont wanna go against u the way u did to me....becoz i wanna be strong..!and I always remember that make an argument with an idiot will not bring me to nowhere
and because of whats happened to me sometimes..i have become a more beautiful soul..bcoz of the way i failed..i falled. bcoz of the way i've beed stabbed, scarred, broken and healed..
i'm enough..and so you are..

be strong because you are priceless..!!!
be strong..and strong!


thank you for reading this....(*_^)

Thursday 19 January 2012

kisah kucing tonggek dan aku...

As salam readers,

pada suatu masa dahulu, aku ade bela kucing..kucing tu aku kutip kat tepi jalan..kelaparan dia..masa tu aku baru balik dari aktiviti ko-kurikulum sekolah..kesian kucing tu.. aku bela sampai besar.sampai die beranak..
aku panggil die tonggek..kirenye aku jaga die macam ahli keluarga sendiri..anak2 die ade 5 ekor semuanya..sayang giler aku kat kucing tonggek aku tu :)
pada satu hari tu..ntah dari mana datangnya..adelah kucing warna hitam..kotor..kecik..berkurap..
memang aku pon geli nak jamah or pegang..and selepas seminggu..dia still ade kat luar rumah aku..dia tidur atas rumput..kadang2 berhujan..berpanas..aku pernah nampak die dibaham kucing jantan yang besar giler sampai berdarah sedangkan kucing ni..kurus dan kecik sangat..



dulu aku rasa..akulah manusia paling adil dengan binatang..memang aku mudah kesian dekat2 makhluk yg lemah2 ni..especially kucing, gila meroyan jatuh tahap kasih sayang lagi cinta abadi kat makhluk tuhan bernama "cat" ini...
aku pon kesian kat kucing ni..aku pon bagi makan..aku bagi mkn nasi biasa je..kadang2 sisa makanan..aku letak dlm tempurung..tapi aku tak pernah miss bagi dia makan..kiranya die tak pernah kelaparan..cuma aku geli nak pegang or main2 dengan dia..


kucing aku lak..hari2 aku main2 ngn die kat halaman rumah..anak2 die pon membesar..sihat..aku bagi makan whiskes..ikan segar..makan dalam pinggan..yelah kan..dah nama pon kucing aku..time tu aku rasa aku dah cukup baik dengan kucing hitam tu....bagi makan pon kira amat syukur lah kan...


then..tak sampai sebulan kehadiran kucing tu..ntah kenapa..seekor demi seekor anak2 kucing tu mati..dah 3 bulan kot umur anak kucing tu..dah gemuk, besar dan gebu..sampailah yang kelima...dia mati..aku sabar lagi..then bila last2 mak dia pon mati..aku menangis.terkesima bila bangun tido..tengok dia dah tak bernyawa...aku bela dia..sayang kat dia..aku kutip dia dari jalanan..dia pergi..dari 6 ekor semuanya..satu pon tak de yang tinggal..last2..whiskes yang banyak tu aku bagi kat kucing kurap tu setiap hari sampai habis..



pengganti tonggek...
seminggu lepas tu..aku mimpi..aku pakai baju yang koyak rabak..lusuh..aku kelaparan..aku menagih makanan kat rumah2 orang..semua halau aku..sampailah kat satu tempat tu..aku dipelawa masuk..dia pon ajak aku makan.dia letak makanan aku dalam pinggan yang sopek..and seekor ikan..aku makan sampai kenyang..
nun jauh kat depan..ade 3 orang anak perempuan tuan rumah yang pakai pakaian yang cantik sedang makan..kat atas meja penuh dengan makanan..


time tu..aku pandang je meja tu..air mata aku bergenang..aku cemburu..terasa hati bagai disiat2..aku sedih sangat ....tapi sebab lapar..aku makan jugak..dalam hati aku cakap..sampai hati tuan rumah..apalah sangat bagi aku makanan yang sedap2..aku pon manusia jugak..mak ayah aku dah mati..aku tak ade sapa2..tak pelah..mungkin aku ni kotor..anak2 kau bersih..nanti suatu hari..tuhan tarik balik anak2 kau..baru kau tahu macam mana rasanya jadi aku..aku tak mintak dilahirkan begini..


then..aku terjaga..aku menangis..termenung panjang aku..sehari aku teringat dekat arwah kucing aku.
Ya Allah..sesal..kesal..baru aku tahu.yang hati aku belum cukup mulia..belum cukup baik..and sekejap je tuhan tarik apa yang aku sayang..


sekarang aku bela kucing baru.warna putih..cantik..
and kucing hitam tu..still ade kat luar rumah aku..tido merata..tapi aku setiap hari pesan dekat adik2 aku waktu itu..kalau dia datang..bagi dia makan apa yang kucing aku makan..






betul lah..
kite harus letakkan diri kite kat tempat orang lain untuk turut sama merasa apa yang die rasa..
tak de siapa mahu dilahirkan dalam serba kekurangan..
samalah seperti kucing tu..dia tak minta dihadirkan kat dunia sebagai kucing kurap dan kucing jalanan..
dan mungkin sebagai manusia..tak salah kadang2 kite memberi kepada yang memerlukan..berzakat tu sebenarnya menambah keberkatan dalam idop..percaya tak, lagi banyak kita memberi dan menghulurkan kepada yang memerlukan, akan bertambah lagi nikmat yg tuhan berikan pada kita...


nikmat kasih sayang & kebahagiaan
nikmat kesihatan
nikmat anak2
nikmat kejayaan dan keceriaan
nikmat beramal dan nikmat tidur.. :0)


takut juga..
tuhan tarik rezeki kite sekelip mata je kalau kite sombong dan berkira sangat dekat dunia ni..


p/s: org cakap bela kucing ni murah rezeki dan manusia mudah jatuh sayang kat kite..kadang2..betul jugak cakap2 org tu kan??
(sebab kalu kite buat baik ngn binatang..binatang akan berdoa pada Allah supaya Allah memberi kebaikan kepada kite..insyallah)


dan orang kata nak tengok orang tu penyayang ke idak tengokla camna dia berhikmah dgn manusia dan juga sikap dia terhadap binatang especially meow meow :)

Monday 16 January 2012

Kenapa Kita Ditinggalkan Dalam Pertemuan Itu...


Look at the sunrise after cloudy day, u will find happiness and very strong feeling that tell n comfort ur doomsday dear....



As salam,
biasanya apabila kita tinggalkan seseorang kita akan di cop sebagai kejam and tak berhati perut serta tidak bertali pusat..dan normally,.apabila kita berada di pihak yang meninggalkan seseorang..pasti orang akan menyalahkan kita exspecially our ex..and for sure they will say that..we leave him because we have another etc so on and so forth..

but..kalu benar kita sayang kat seseorang..kita tak kan sewenang2nya serta dengan mudah tinggalkan dia untuk orang yang lebih baik..lebih kaya..lebih hensem or lebih bertamadun dari dia..

but..because of this..

dia berhati busuk..time kapel instint dah rasa yang dia ni manusia yg tak suci ati..i mean,time dia dengan kita..dia akan puji2 kita..and bila time dia dah berpisah ngn kita..dia akan buruk2kan kita depan kawan2 dia..contohnya..time bersama lagi..die dah sound2 kita..pastu bile clash..tut2 kita dengar cerita tak enak tentang kita yg kuar dari mulut busyuk dia...

so bila kita dengar die badmouth tentang kita..no wonder la hati kita akan rasa agak lain macam je bila ngn dia..die deserved untuk ditinggalkan...

dia tak dapat menerima kita seadaanya..ya..dia memang sayangkan kita..tapi sayang tu sangat2 bersyarat..nak kita jadik macam tu lah..jadik macam nilah..kita plak tak bleh nak ubah dia..tapi die suka2 hati je nak ubah kita supaya jadik apa yang dia nak...

so..kita rasa dia tak cintakan kita pun..dia cintakan pantulan dirinya yang ada pada kita..so..dia deserved untuk ditinggalkan..

dia kedekut dan berkira gila ngn kita..hello dont get me wrong..kita bukan nak harta or kikis duit dia..tak kesah and tak mati pon tanpa duit dia..tapi sebagai lelaki..for sure kita have a strong feeling that lelaki can't be so calculative;tak patut nak berkira..kalau first time dating pon bayar asing2..pastu balance duit 45sen pon nak mintak sampai siap msg lagi "you tadi ade lagik kan balance 30sen kan"..
sure2 tak sampai sejam setengah lagik konfum bye-bye... :b

dia sayang kita tapi asyik duk cerita or sebut tentang pompuan lain depan kita..
like " i sukelah tengok minah tu..cun giler..hari2 i rase mcm nak stalk die"..
" eh u tau tak..makwe kwn i cun giler u tau..style abes"...and sellau panggil kita dengan nama minah lain yang nama tu for sure bukan nama yang ada dalam identity card kita...
siyes kita akan rase mcm bangang je kalau dapat bf yang suke sgt duk puji org lain depan kita..i just try to be honest here..tak kesahlah kite hudoh camne pon..kite ade satu perasaan bahawa kite tak suka pasangan kite selalu memuji org lain depan kita..kan??am i rite dear???

terlalu berprasangka and tak percaya..siyes bosan giler ngan orang mcm ni..sampaikan kita nak berak pon kene bawak handphone sbb tak percaya.
kita g masjid dengar ceramah kate kita g clubbing (tak bleh blah punya contoh..haha)
pastu duk tuduh2 kita like " u ngn lelaki kan?kan?lelaki ade kat sebelah u kn??"..kalau 400 juta kali duk repeat benda yang sama kita pon bleh jadik sewel...ewwwww tau tak.
kepercayaan adalah benda yg paling pentingggg dlm sesebuah relationship..
 

   ha, percaya x muke saye jadik camni? hik3

dia selalu bandingkan kita ngn orang lain..
" you tau tak..ex i dulu tak pernah pon mintak duit ngn i ..u ni suke2 ati je mintak duit ngn i(padahal 2 ringgit je pon.)."..
u tau tak..ex i dulu pandai je amik hati i..u ni asyik buat i marah je.."
hello nak sgt cakap ur ex depan kita kan..back off and tido kat bawah ketiak dia lah yang sebok2 nak datang kat kita tu apakehalnya kan? :b

dia sayang kita tapi bersikap kasar dan panas baran..
kita salah sikit..hempas pintu kereta cam nak tercabut(kereta dahlah buruk nak mampus tunggu masa nak jahanam je)..
salah sikit je..dia tengking kita sampaikan pengsan makcik jiran sebelah dengar.
kita salah sikit je..dia pukul kita..kita salah sikit je..dia marah kita macam kita ni ketua gengster yang bunuh bini abang dia..

pas dia marah2..pas dia tengking2..pas dia pukul2..dia dtg nangis2 n mintak maaf and janji tak buat lagik..pastu dia buat lagik and lagik..so if kita tinggalkan dia..dia really deserved it kan??
dalam agama pun ada mentioned benda ni semua, bukan kita saja2 reka kan... (*_^)
 

dia sayang kita..kita pon sayang dia..tapi keluarga kita tak suka dia...keluarga kita tak boleh terima dia..keluarga ibuku tak restu..so nak tak nak..kita harus tinggalkan dia sebab sebelum kahwin..family adalah segala2nya bagi kita kan...kita hanya akan bersama orang yang mak dan keluarga kita restu dan suka je kan... *sedih....

kita sayang dia..dia sayang kita..tapi keadaan yang tidak membolehkan kita bersama dia..maybe dengan bersama dia..kita akan melukakan hati banyak orang..dengan bersama dia..keadaan menjadi semakin worse and worst.dengan bersama dia..akan banyak airmata yang gugur dan dengan bersama dia samalah seperti kita memberi derita pada orang lain dan samalah kita membahagiakan diri tetapi memeranakan hidup orang lain..nak tak nak..kita terpaksa mengalah dan bekorban bukan kerana kita tak nak kat dia..tapi kita tak nak keadaan makin teruk apabila kita bersama dia...*the greatest sacrifaction of love nih, leh masuk chapter 3 dalam ombak rindu weh*

so..kadang2..setiap hubungan yang berakhir..pasti akan ade sebab disebaliknya...tak semua orang yang tinggalkan orang lain tu jahat dan kejam..kadang2 setiap orang ada sebab yang tersendiri kenapa dia buat camtu..cumanya:


pantang ini perempuan nampak air...xleh terjun dpt juntai2 kaki pun cukuplah...

masa menadah air tu  biarlah berpada……
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh……
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja……
Kerana apabila ia mulai RETAK ….tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula……
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……
Begitulah juga……

Jika kamu sedang memiliki seseorang…. TERIMALAH dia seadanya……
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa……
Anggaplah dia manusia biasa……
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN …. tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……
and please..everytime kite ditinggalkan..please dont fully blame others..maybe kite pun turut sama bersalah dalam kejadiaan yang sungguh perit itu...dan jangan lupa pada Qada & QadarNYA..
tiada yang abadi dalam hidup ini...

xleh terjun so buat2 pose ayu..keh3...


harap maklum..:)
Thanks for reading this

Thursday 12 January 2012

Cinta Yang Hanya Tinggal Kenangan...


As salam,

Dengan mencintaimu aku sedar bahawa cinta itu mengubah pahit menjadi manis..debu menjadi emas,penyakit menjadi sembuh, derita itu nikmat..dan segala yang buruk itu baik..

Kekadang aku menidakkan kebenaran..aku mempercayai segala kebohongan.kerana sungguh cinta itu buat aku alpa dan buta..

Dengan mencintaimu juga aku sedar bahawa cinta itu membuat aku yang sihat jadi sakit..gemuk menjadi kurus..normal menjadi gila..

nescaya ketika aku sedang enak dilamun cinta..buanglah aku ke laut.ke padang pasir mahupun hutan rimba...pasti aku akan belajar untuk hidup dan takkan mati kelemasan...
dikala aku sedang berduka kerana cinta..lemparkanlah aku ke gudang roti..nescaya pasti aku akan mati kelaparan..


Dengan mencintaimu bukan bermakna aku tidak mencintai tuhan..namun kelemahan aku adalah kerana aku manusia.aku bukan alien dan bukan pula malaikat.
aku manusia punyai hati yang sungguh komplex untuk kau robek-robekkan ia wahai cinta!
segagah gagah manusia dilunyai dengan cinta..besi mampu lebur..jahat menjadi baik..malah raja menjadi budak..

aku tahu..dan ramai yang memberitahu..
cintailah seseorang kerana tuhan..
cintailah tuhan kerana sesungguhnya cinta pada tuhan cinta yang hakiki..
cinta pada manusia itu sakit, pedih dan melalaikan..
tapi sang pemberitahu juga tidak mampu menahan dirinya daripada mencintai..
aku juga tidak mampu menahan dari mencintai walaupun diri sendiri selalu diingatkan untuk tidak mencintai seseorang itu dengan sesungguh hati..kerana setiap yg datang pasti akan pergi,setiap yg bernyawa pasti akan mati...
manusia itu rapuh..
aku itu lemah..
cinta itu parah..


cinta itu kekadang membuat aku hilang pertimbangan..kekadang aku sanggup untuk kehilangan apapun kerana cinta asalkan aku tidak kehilangan orang yang aku cinta..
cinta itu kekadang membuat aku seperti sang tiada akal..
cinta itu membuat aku sanggup bekorban apa saja walhal selama ini untuk diri sendiri pon tidak sanggup bekorban apatah lagi untuk orang lain..

cinta itu menjadikan aku seperti sebuah kereta kebal..mengubah aku menjadi kayu dan patung..
kerana setiapkali dia menyakiti hati aku..aku sentiasa mengulang2 bahawa..aku bukan tunggul kayu..aku bukan patung yang kau boleh perlakukan sesuka hati..
anehnya..aku sendiri yang berkata akan kayu-kayu dan patung-patung itu..aku sendiri yang bertahan dan membiarkan diri sendiri menjadi seperti patung dan kayu..
nah bukankah aku berkata tadi aku persis sebuah kereta kebal yang sangat tahan pada asakan?


cinta itu adalah seperti aku mahu mengusir kau jauh2..
aku mahu tinggalkan kau berbatu batu jauhnya yang mampu aku pergi..
aku membenci kau sehinggakan seperti sanggup meludah diatas muka kau..dan disaat kau pergi dan tidak kembali-kembali..aku seperti mahu mati..

dan pada akhirnya..aku sedar bahawa jika saja kehadiran cinta sekadar untuk mengecewakan aku..lebih baik cinta itu tidak pernah hadir dan pada akhirnya..
aku sedar bahawa jika saja kehadiran cinta itu hanya untuk seketika..lebih baik aku tidak pernah tegar untuk memulakannya..

p/s: entry di saat hati berasa sangat sakit..maka secara automatik diri menjadi seperti ahli falsampah :)



Tuesday 10 January 2012

Perpisahan Yang Sungguh Maha Pedih Untuk Dilalui....

Bila Januari muncul kembali....
Yang meninggalkan dan ditinggalkan...hari pedih itu baru semalam berlaku dan pada tarikh itu adakah esok akan menambah kepedihan lagi...






melalui detik perpisahan dengan orang yang kita sayang amat payah untuk ditelan.sungguh maha pedih kenyataan itu..
hanya yang pernah merasai kehilangan tahu bagaimana luluhnya hati untuk menerima hakikat kehilangan itu..yang hilang tetap hilang..

yang hilang itu cuma ada satu je dalam dunia ini..kalaupun ada pengganti..kalaulah ada…
kehilangan itu tetap tak terpadam..hukum alam..sampai satu ketika..yang bermula pasti ada akhirnya..yang datang pasti akan pergi..yang bertemu pasti akan berpisah..
ya hidup perlu diteruskan tapi kadang2..kenangan itu sangat pedih untuk diingati...


                                         kenangan yang kekal bersamaku...


kadangkala..setiapkali melewati tempat2 dimana kita pernah lalui bersama orang yang kita sayang dan telah hilang itu pergi...tiba2 terpandang sesusuk tubuh orang yang kita sayang itu,jantung kita berdegup kencang, dan bila menyedari itu hanyalah bayangan illusi lalu hati kita tiba2 akan dijentik rindu dan sayu...sunyi dan sepi.. menyusuri tempat2 yang pernah mencipta indah kini hanya tinggal sejarah..melewati bilik tidur mereka yang kosong, sunyi, sendiri..setiapkali itulah kenangan bersama mereka hadir..dan kehadiran kenangan itu hanyalah menambah duka dan seksa..sungguh2 seksa dan derita..



perasaan kehilangan itu bagaimana mahu ditaksirkan ya?
ianya seperti aku berlari lari mengejar pelangi di kaki langit..sejauhmana pun aku berlari..aku tak akan pernah sampai ke kaki langit itu..
begitulah juga setiapkali aku rindu..aku tunggu..tapi yang telah pergi..tetap pergi dan tak akan kembali walau seribu tahun pun aku ditakdirkan menanti..



kepada yang pernah merasai kehilangan...
pernah tak..
tengah malam kita terjaga dari tidur..kita tiba2 terasa rindu..rindu yang sangat2 mencengkam..namun rindu itu tak pernah dapat diluahkan..kepiluan yang akan membuak2 di sudut hati..langsung selepas itu kita tak mampu lagi melelapkan mata..




pernah tak..kita terasa seperti baru semalam dia ada di sisi kita..seperti semalam kita baru bercakap dengannya..seperti semalam kita mendengar tawanya..namun bila kite tersedar dari mimpi..rupanya dah lama dia pergi...dah lama dia tiada lagi di sisi..




pernah tak..kite terasa seperti mahu mencari carinya..tertunggu2 panggilan telefon darinya..ternanti2 kiriman sms dari die..namun bila kita teringat dia sudah pergi..kita tiba2 rasa sunyi dan kosong..semakin kita melupakan..semakin kenangan bersama dia datang menggila..
pernah tak..bila kita di meja makan,kite terasa seperti sedang berkongsi makanan dengan dia, sedang menyuap makanan kesukaan dia yang kita masak ke mulut dia...tiba2 kita tersedar dia tiada di depan kita,yang ada hanyalah kenangan.lalu kita tak jadi makan, hilang selera, hilang rasa, hilang segala...





pernah tak kite terasa begitu mahu berbual dengannya..seperti kita mahu memberitahu yang kite sangat2 cinta dan kasihkan dia,sangat2 suka dengan perangainya..seperti kita mahu memberitahu yang kita sangat2 rindu padanya?
dulu..semasa dia ada..walau marah..walau geram..walau sayang..walau cinta..walau rindu kita boleh call je bagitau..kita boleh sound depan2 je..kite bleh buat2 merajuk dengan harapan dia pujuk..



tapi bila dia dah tiada.
pada siapa lagi kita mahu melepaskan rasa?dia tiada mendengar..
pada siapa lagi kita mahu memberitahu sayang dan cinta kita??dia tiada mengerti sudah..
pada siapa lagi yang sudi mendengar segala resah dan gundah yang sebelum ini hanya dia tempat kita bercerita..dia sudah tiada untuk memimpin tangan kita
pada siapa lagi kita mahu merajuk untuk dipujuk?dia tiada melihat..dia tiada..tiada yang tak mungkin akan ada lagi..


pada saat itulah..kite sedar yang kita benar2 sudah kehilangannnya..kite sedar yang dia tak akan datang untuk melihat kita menangis dan tertawa lagi..kite sedar yang segala galanya tentang dia sudah berakhir..dia ada dunianya sendiri..dunia dimana dia dengan tuhan..bila saat itu tiba..sudah tiada guna airmata..sudah tiada guna sesalan..sudah tiada guna cinta yang tak terucapkan..sudah tiada guna hadiah yang tak terberi..sudah tiada maaf yang tak terpohon..yang ada mungkin kenangan...


 
kenangan yang kadangkala manis..kadangkala perit..tapi itulah yang tinggal..
dan hidup dalam kenangan seperti itu hati kadangkala terasa mati..dan rasa perit pedih yang pernah dilalui itu seperti tak ingin melaluinya lagi....
sungguh2 tak sanggup...



                        pedih dan perit di dalam diri serasa menghiris hati  yang entah bila akan berhenti...Ya Allah tabahkan diriku, temukanku dengan ketenangan, jiwa ini dibelasah rindu tetapi apalah dayaku...


Pada hari ini aku kehilangan segala2nya
Al-Fatihah pada arwah suami ...12hb Januari muncul kembali...


kenapa ya...aku yang selalunya kuat dan bisa melawan dugaan perasaan, tewas juga akhirnya...untuk kali ini dan tarikh ini juga...sangat2 lemah kali ini..mungkin hati yang penuh luka ini dah tak mampu menanggung luka2 itu lagi yang sungguh pedih,perit dan menyesak serta menyeksakan...sangat2 seksa....
sungguh2 tak sanggup...
Ya Tuhan, kuatkanlah semangat hambamu ini...








"hidup seperti ini..kita melewati jalan ini hanya sekali..kita menyusuri sungai ini hanya sekali..kita melalui taman ini hanya sekali..kadangkala kite tiada kesempatan utk melewati jalan itu untuk kedua kali..kadangkala kite tiada punya waktu untuk menyusuri sungai itu lagi..kadangkala detik untuk kite terlalu singkat untuk melalui taman itu kembali..maka..selagi kita masih dijalan itu..selagi kite berada didalam sungai itu..selagi kita berjalan ditaman itu..sekiranya kita ada peluang untuk mengembirakan mana2 hati yang kita sayang..maka..gembirakanlah mereka selagi peluang itu masih tersisa.."



dan hari ini terbukti Januari itu bulan yang patut aku benci!!! kehilangan orang yang aku sayang dan kehilangan segala sumber inspirasi dan semangatku...
Abang...pedihnya       :(